Suis reTOUCH | ultra Rimless & how to install the phone holder (INTRO & Cara Pasang Poket Telefon)

Описание к видео Suis reTOUCH | ultra Rimless & how to install the phone holder (INTRO & Cara Pasang Poket Telefon)

reTOUCH jenama suis yg semakin meningkat naik namanya di Malaysia.
Jom kita sama-sama saksikan & kenal lebih mendalam lg mengenai jenama yg mempunyai spesifikasi sama seperti buatan BRITISH ini.

Model yg ada utk reTOUCH setakat ini adalah seperti berikut:-
1) ultra rimless
2) premium
3) grand element
4) smart remote

masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri.
Tetapi utk video ini, kami akan tekankan lebih kepada model ULTRA RIMLESS & CARA PEMASANGAN POKET TELEFON yg hanya model ini sahaja ada.

ULTRA RIMLESS ini merupakan antara suis berjenama yg paling murah di pasaran. Bermula dgn RM3 lebih kita dah boleh dpt 1 suis tapi dgn warna Putih sahaja. Ultra Rimless ini ada 3 warna iaitu PUTIH (warna paling murah sbb takde kelainan dr warna kebanyakkan dinding rumah), warna emas beralur dgn sentuhan garisan & warna kelabu kasap.

Bagi harga Emas & Kelabu, harganya adalah sama tetapi mengikut kehendak anda mana yang lebih sesuai dgn rekaan rumah anda. Bagi warna Emas, ia lebih sesuai dgn rumah bertemakan glam, elegen & mewah. Bagi warna kelabu pula, ia lebih sesuai dgn rekaan urban & industrial stail yg tak siap cat dindingnya, perhiasan penuh dgn besi hitam & campuran kayu tu.

Rekaan Retouch Ultra Rimless ini lebih kepada rekaan ringkas, elegent & harmoni dgn memaksimumkan ruang suis kepada pengguna. Itulah sebabnya suis ini tidak mempunyai bingkai mcm suis yg lain, jd utk geng 4 suis butangnya pun dh cukup besar dgn ibu jari tangan pun boleh tekan.

Bagi Poket Telefon pula, cuma model Rimless ini sahaja yg ada.. Walaupun nampak rekaan simple tetapi ia dianggap sbg rekaan terbaik (good design) dgn memahami kehendak & masalah pengguna.
Tanpa memerlukan wireman utk memasang poket telefon ini, hanya perlu buang slot dibawah frame & masukkan ke bahagian belakang suis soket sedia ada & skru kembali 2 skru suis.. itu sahaja!!!

Setelah frame siap dipasang, kita hanya perlu slotkan poket telefon dibahagian kiri mahupun kanan suis mengikut kesesuaian rumah kita. Tanpa pendawaian elektrik diperlukan, telefon kita lebih selamat, mudah & praktikal semasa pengecasan dilakukan setiap masa.

Jom sama-sama kita belajar.


Harap video ini bermanfaat kepada anda & mereka yg menonton.
Sila nyatakan komen, soalan & pendapat jika anda ingin kami dengari utk kami menaikkan lg kualiti LIGHT STUDIO Youtube CHANNEL kami.

atau, sebarang masalah atau pertanyaan bolehlah

HUBUNGI KAMI

Bagi anda yg nk tgk dgn mata sndiri kipas yg comel ini, boleh dtg terus ke showroom kami kat Penang.

Kami buka setiap hari
ISNIN-SABTU, 10pg-8mlm
AHAD, 11pg-4ptg


LIGHT STUDIO DECOR SDN BHD
+04-508 5355
no 48, 50 & 52, Jalan Bayu Mutiara 1,
Taman Bayu Mutiara, Bukit Tengah,
14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

LIGHT STUDIO LEGACY SDN BHD
+04-2266355
no 350a-350b, Jalan Dato Keramat,
10150 Georgetown, Pulau Pinang.HUBUNGI KAMI

Комментарии

Информация по комментариям в разработке