Kesalahan Asya'irah Dan Pondokiyyah Sifat 20 Dalam Sifat Al-Kalam Allah - Ustaz Asrie Sobri

Описание к видео Kesalahan Asya'irah Dan Pondokiyyah Sifat 20 Dalam Sifat Al-Kalam Allah - Ustaz Asrie Sobri

Kesesatan Asha’irah Maturidiyyah Dan Pondokiyyah Sifat 20 Dalam sifat al-Kalam Allah.

Sifat al-Kalam Allah:
ASWJ al-Salafiyyun meyakini bahawa ALLAH mempunyai sifat kalam berkata-kata pada bila-bila masa yang DIA kehendaki, kata-katanya adalah dengan suara dan huruf (menggunakan kalimah-kalimah dan ayat-ayat, dan bahasa tertentu sebagaimana yang DIA kehendaki). Didengar oleh malaikat, Adam, Musa , Muhammad Sallallahu’alaihiwassalam dan ahli syurga.

Sifat al-Kalam ditafsirkan oleh Asha’irah dan Maturidiyyah (pondokiyyah sifat 20) secara batil iaitu kalam nafsi semata-mata (dalam zatNYA semata-mata) yang tidak didengar oleh sesiapa pun. Yakni kononnya kalam ALLAH itu bukan dengan suara dan huruf, tetapi hanya majaz(bayangan) bukan kalam haqiqi.

Al-Sanusi (al-Ash’ari al-Jahmi al-Mu'tazili/Ulamak Ahli Kalam) berkata dalam kitab Umm al-Barahin:
وَالْكَلامُ: الذَّي لَيْسَ بِحَرْفٍ، وَلاَ صَوْتٍ، وَيَتَعَلَّقُ بِمَا يَتَعَلَّقُ بِهِ
الْعِلْمُ مِنَ المُتَعَلَّقَاتِ
Termasuk sifat Allah yang wajib ialah al-Kalam (berkata-kata) iaitu TANPA SUARA dan TANPA HURUF, ia berkait dengan beberapa kaitan seperti mana kaitan ilmu (iaitu segala yang wajib, harus dan mustahil).

Ini bermakna Asha’irah hakikatnya mengatakan bahawa ALLAH itu bisu. Di sisi Asha’irah, termasuk kalam majazi ialah al-Quran dan al-Quran itu makhluq (benda yang dicipta bukan kata-kata Allah yang haqiqi, bukan sifat dan bukan ilmuNYA). Al-Quran sebenar adalah kalam nafsi tanpa suara dan huruf. Kalam Allah itu ma’na wahid qa’im bi al-nafs yakni semua ayat berbeza-beza itu seenarnya satu sahaja, semua ayat mempunyai makna yang sama, ini jelas batil tidak diterima akal yang sihat.

Di sisi Asha’irah, kandungan al-Quran, Tawrat dan Injil yang merupakan kalam Allah adalah sama sahaja. Ini juga batil. Menurut Asha’irah, Allah tidak menggunakan kalimah-kalimah dan ayat-ayat atau Bahasa tertentu untuk mengungkapkan kalam dalam diriNYA, yang mencipta kalimah dan ayat untuk Allah ialah Jibril atau Muhammad. Subhanallah, ini seperti kata-kata Quraysh bahawa Quran ini adalah kata-kata (ciptaan) manusia.

Dalam bab kalam, Asha’irah menyeleweng, menyalahi al-Quran, Hadith, ijma’ ahli lughah dan ‘urf. Menurut Bahasa, kalam ialah kata nama, kata perbuatan dan harf. Menurut ‘urf, kata-kata atau tutur kata bukanlah diam atau bisu. Kedua-duanya adalah berbeza dan tidak sama

Menurut Ahl al-Sunnah al-Salafiyyun, ALLAH berkata-kata dengan kata-kata yang haqiqi, dengan suara dan huruf yang dapat didengar oleh sesiapa yang dikehendakiNYA.
(Ustaz Abid Annuriyy hafizahullah)

Penjelasan video oleh Ustaz Asrie Sobri hafizahullah.
Kitab: Akidah Imam Bukhari (karangan Imam Bukhari rahimahullah)
Baitussalam.

Download Kitab Akidah Imam Bukhari:
https://bit.ly/Aqidah-Imam-al-Bukhari.

*Dicopy paste dari seorang hamba Allah (Moga Allah menjaganya) di FB

Комментарии

Информация по комментариям в разработке