Jalan Sakti Gunung Bromo diheret Kuda ke Teletubbies Hill

Описание к видео Jalan Sakti Gunung Bromo diheret Kuda ke Teletubbies Hill

Macam dan menajdi trend buat kaki travel untuk ke Gunung Bromo di Indonesia. Mungkin di sebabkan keindahan kawah gunung berapi Untuk pengetahuan, Gunung Bromo yang terletak di Pulau Jawa adalah sebuah gunung berapi yang masih aktif. Gunung ini mempunyai ketinggian 2329 meter dan bukanlah puncak tertinggi di Taman Nasional Bromo Tengger Semeru, tetapi paling terkenal dan paling banyak dikunjungi oleh pelancong.

Oleh kerana bentuk muka buminya yang sejuk dan berdebu, persediaan sangatlah penting. Selain keperluan seperti makanan dan air (yang boleh juga boleh dibeli di gerai-gerai sekitar puncak), kaki travel juga perlu membawa pakaian tebal, penutup mulut (mask) kerana krater Bromo aktif mengeluarkan sulfur, kasut yang bersesuaian, lampu suluh, krim pelindung matahari dan pelembab mulut/kulit.

Umumnya, terdapat dua cara untuk ke Bromo iaitu melalui Kota Malang dan Kota Surabaya (menginap di kaki gunung Bromo sendiri). Kota Malang terletak kira-kira 53 km dari Bromo dan mudah mencari penginapan. Perjalanan subuh pagi melalui sewaan jip dari Kota Malang mesti dibuat seawal mungkin untuk mengejar pemandangan matahari terbit di Gunung Penanjakan bersebelahan Gunung Bromo.

Bagi yang melalui Kota Malang, penginapan murah boleh didapati sekitar stesen kereta api Malang. Kebanyakan penginapan ini menyediakan jip sewaan yang boleh dikongsi dengan penghuni lainnya. Bagi yang memilih tinggal di kaki gunung Bromo dan menempah secara online, dua hotel paling popular ialah Café Lava Hostel dan Lava View Lodge.

Pasir Berbisik
Selesai melihat matahari terbit di Gunung Penanjakan, jip sewaan akan membawa anda ke Gunung Bromo dan anda akan melalui padang pasir yang gundul seakan gurun. Tempat ini dikenali di kalangan orang tempatan sebagai Pasir Berbisik, sempena tajuk sebuah filem yang melakukan penggambaran di lokasi ini. Kerana lapisan pasir yang tebal di sini, jip tidak akan dapat sampai ke krater Gunung Bromo jadi anda ada pilihan sama ada merentasinya secara berjalan kaki atau menyewa kuda.

Bukit Teletubbies / Padang Rumput Savannah
Dalam perjalanan ke Gunung Bromo, anda akan melalui sebuah bukit yang indah. Bukit ini dinamakan Bukit Teletubbies kerana bentuknya seakan latar tempat kartun popular tersebut. Manakala hamparan rumputnya yang menghijau dinamakan padang Savannah. Jika anda datang ketika letusan gunung berapi baru berlaku, hamparan hijau ini akan dipenuhi oleh debu dan digantikan pemandangan padang jarak padang terkukur

Kawah Gunung Bromo
Perjalanan kaki sekitar 30 minit sepanjang Pasir Berbisik akan membawa anda ke kaki Gunung Bromo sedia untuk menanjak ke puncak. Untuk mendakinya tidaklah terlalu sulit, kerana disediakan 250 anak tangga. Jika terlalu penat, bolehlah berehat sejenak kerana sepanjang tangga ini adalah port paling cantik untuk mengambil gambar. Di puncaknya, anda akan disuguhi dengan pemandangan kawah gunung berapi gergasi yang masih panas berasap dan menyemburkan gas sulfur yang beracun. Ingat, jangan melebihi laluan dan batas yang ditetapkan untuk bergambar! ·

Air Terjun Madakaripura
Seusainya lawatan ke kawah Bromo, anda bolehlah bergerak kembali ke penginapan untuk pulang atau destinasi seterusnya. Tetapi jika anda ada masa terluang, tidak berapa jauh dari Gunung Bromo terdapat sebuah air terjun dinamakan Madakaripura yang cantik untuk berehat. Walau bagaimanapun, jalan 4 km menuju ke air terjun ini agak rosak teruk jadi anda dinasihatkan untuk menyewa khidmat pemandu pelancong sekiranya ingin ke sini atas faktor keselamatan.

Комментарии

Информация по комментариям в разработке