WMOTO SM125i dilancarkan di Malaysia

Описание к видео WMOTO SM125i dilancarkan di Malaysia

Mforce menerusi jenama WMOTO telah melancarkan sebuah motosikal kategori kapcai iaitu SM125i dengan harga asas RM5,888.00.

WMOTO SM125i ini dipacu enjin 123.7cc silinder tunggal, 4-lejang SOHC dengan sistem bahan api
suntikan elektronik. Padanan transmisi yang digunakan adalah jenis empat kelajuan dan ia mampu menghasilkan kuasa maksimum 5.8kw pada 8,000rpm dan tork 8.5 pada 6,000rpm.

Pada bahagian hadapan motosikal ini, terdapat suspensi jenis teleskopik, manakala di belakang terdapat dua penyerap hentak. Tayar hadapan pulak dilengkapi dengan brek cakera manakala belakang
menggunakan jenis dram.

Menariknya, WMOTO SM125i merupakan motosikal kapcai 125cc yang pertama menggunakan panel
meter pelbagai warna. Walaupun dengan konsep motosikal ekonomi, model terbaharu WMOTO ini
dilengkapi dengan lampu LED penuh pada lampu hadapan, lampu penunjuk arah dan juga lampu
belakang.

Комментарии

Информация по комментариям в разработке