DIY - SMART AUTOGATE | BUKA/TUTUP PINTU PAGAR GUNA TELEFON - KAWALAN AUTOGATE MENGGUNAKAN SMARTPHONE

Описание к видео DIY - SMART AUTOGATE | BUKA/TUTUP PINTU PAGAR GUNA TELEFON - KAWALAN AUTOGATE MENGGUNAKAN SMARTPHONE

Ok gaiss.. hari ni abang nk tunjukkan kat korang cara untuk menggunakan telefon korang tu jadi remote untuk buka pintu pagar. Autogate ni biasa dibekalkan dengan 2 remote, tapi masalahnya remote tu bermasalah. Kerap kali remote tak hidup disebabkan oleh bateri dalam remote tu tak bersentuh dengan connector bateri tu. So kadang-kadang kena ketuk-ketuk dulu dua tiga kali baru hidup.

So, untuk atasi masalah tu, abang ada buat research sikit kat youtube dan dalam internet, so abang dh jumpa device ni nama dia eWeLink DC 12V Self Inching Relay Switch. Memang best la guna device ni, senang dan praktikal. Asalkan telefon korang ada internet pastu kat rumah korang tu ada internet, settle masalah.. korang boleh guna telefon korang tu jadi remote.

Kalau korang nk beli boleh klik kat bawah ni..
https://shopee.com.my/product/3333717...


Tonton juga DIY | SMART SWITCH | BUKA/TUTUP LAMPU GUNA TELEFON - KAWALAN ON/OFF LAMPU MENGGUNAKAN SMARTPHONE
   • DIY | SMART SWITCH | BUKA/TUTUP LAMPU...  

Cara pasang Switch ni amatlah mudah, sape-sape pun boleh pasang sendiri. Kalau korang tengok video ni sampai habis, abang gerenti korang pun boleh buat. Cuma sambung 4 wayar je.. 2 wayar untuk Power Supply untuk Switch tu, dan 2 wayar lagi untuk Normally Open (NO) dan COM. Dan lepas tu PAIR Switch tu tadi dengan telefon korang iaitu guna APP yang tersedia dalam Google Play Store nama dia EWELINK.

So lepas tu dah boleh guna dah telefon korang tu jadi remote.. Senang je.. tapi syarat untuk nk pasang Smart Autogate WIFI ni korang kena la ada WIFI kat rumah korang, pastu korang dah pasang Autogate yang guna remote tu..

Itu sahaja yang abang nk kongsikan untuk korang.. abang harap dengan video ni korang dapatlah buat macam abang juga, tukarkan smartphone korang tu jadi Smart Autogate. Ok gaiss.. selamat mencuba.. terima kasih kerana menonton, jangan lupa SUBSCRIBE Channel Addashuk dan tekan loceng untuk tidak ketinggalan notifikasi untuk video-video yang akan datang. NEXT video abang akan buat DIY - SMART REMOTE LAMP | ON/OFF LAMPU GUNA TELEFON.

Комментарии

Информация по комментариям в разработке