Suzuki GSX-R150 race bike pertama di Malaysia - Joki Review vs Yamaha R150

Описание к видео Suzuki GSX-R150 race bike pertama di Malaysia - Joki Review vs Yamaha R150

Ini merupakan sebuah jentera daripada keluaran suzuki iaitu GSX-R150. Motor ini di keluarkan di Malaysia pada bulan March 2022 dan jentera ini sudah di modifikasi oleh sebuah bengkel tempatan yang terletak di Balakong Selangor untuk tujuan berlumbaan.

Penerangan ringkas jentera :

Suzuki Malaysia akhirnya secara rasmi melancarkan trio model 150 cc, iaitu Suzuki GSX-R150, GSX-S150 dan moped Raider R150 Fi.

Suzuki GSX-R150 & Suzuki GSX-S150

Untuk memudahkan pemahaman, GSX-R150 merupakan model dengan reraup penuh, manakala GSX-S150 merupakan kembar dengan rekaan badan naked.

Kedua-dua model GSX-R150 dan GSX-S150 ini banyak menampilkan elemen-elemen yang biasanya didapati pada model GSX-R yang lebih besar sesarannya.

Seperti contoh, enjin 150 cc silinder tunggal sejukan cecair yang mampu menghasilkan kuasa setinggi 18.9 hp @ 10,500 rpm dan daya kilas 14.0 Nm @ 9,000 rpm itu menggunakan teknologi seperti nisbah bore dan stroke yang dioptimasikan, sistem pancitan bahan api elektronik termaju, diameter badan pendikit yang terbesar dalam kelas 150 cc, serta bahan salutan silinder Suzuki Composite Electrochemical Material (SCEM) yang terbukti dari litar lumba.

GSX-R150 dan GSX-S150 menggunakan transmisi enam kelajuan, dibantu dengan sistem brek cakera bersaiz 290 mm di depan dan 187 mm di belakang.

Selain daripada sistem kemasukan tanpa kunci, Suzuki turut mendatangkan ciri paparan kluster instrumen LCD penuh yang memudahkan paparan informasi penting seperti kedudukan gear, notifikasi servis penyelenggaraan, trip perjalanan, penggunaan bahan api dan sebagainya.

Suzuki GSX-R150 hadir dengan dua warna dan grafik menarik seperti Metallic Triton Blue dan Red Titan Black, sementara GSX-S150 pula boleh didapati dalam warna Aura Yellow/Pearl Brilliant White atau Metallic Triton Blue.

Artikel : Ikhsan Careta.My


 

Комментарии

Информация по комментариям в разработке