ATHL1️⃣vs4️⃣SKFA|U10|games ke8|LIGA| SUPARIMAU |MUSIM C|19/11/2023|Ahad|8AM|ARENA OWL TRAFFORD BANGI

Описание к видео ATHL1️⃣vs4️⃣SKFA|U10|games ke8|LIGA| SUPARIMAU |MUSIM C|19/11/2023|Ahad|8AM|ARENA OWL TRAFFORD BANGI

⚽⚽Ieman
⚽⚽Arif

11pagi start

19/11/2023 AHAD, BANGI. Semalam Serdang Kickers FA bawah 10 tahun terus melayari bahtera yang telah menyelusuri liku-liku sepanjang 8 minggu Liga Suparimau Musim C yang dilangsungkan di Arena Owl Trafford,Bangi. Pada pusingan akhir ini, SKFA perlu bertemu Socca Loca FA A bagi menjadi juara liga.

Bagi aksi babak pertama, SLFA membuat sentuhan pertama dan terus membuat satu rembatan terus ke dalam gawang gol memberikan jaringan pertama buat mereka. Kata-kata Hukuma mengatakan "Ikan digulai sudah melompat" dimana kejutan buat Sang Singa yang menerima tempahan rembatan pertama menjadikan SLFA mendahului permainan.

Tidak semudah itu buat SLFA apabila bertemu Sang Singa yang ingin mengekalkan kejuaraannya. Minit ke-5, Ieman menjadikan permainan satu lawan satu apabila beliau menerima bola dari tengah ke hadapan kotak lawan terus mudah dijulukkan bola menyusuri penjaga gol SLFA.

"Sakit sama mengaduh, luka sama menyiuk" dimana para pemain mempamerkan tanggungjawab yang diberikan bagi mencapai kata sepakat. Jaringan seterusnya, sekali lagi Ieman menghulurkan kakinya bagi menampan bola terus meluru ke dalam gawang gol lawan umpanan lambung dari Arif.

Pertengahan babak pertama hampir tamat, sepakan penjuru oleh Ammar tepat ke kepala Arif menyambar meluru ke dalam gawang gol bagi gol ke-3. Arif ibarat "Ugut-ugut beruk sahaja" yang menggertak pihak lawan untuk menjaringkan gol.

Tidak melengahkan masa, gol terakhir sebelum tamat babak pertama yang kelihatan sama seperti jaringan ke-3. Ammar sekali lagi membuat satu hantaran dari sepakan sudut terus diambil tanduk tepat ke Arif menjadikan gol ke-4.

Kemenangan besar buat Serdang Kickers FA dengan 4 berbalas 1 buat Socca Loca FA A. Ketegangan permainan sebentar tadi menjadikan bunga yang mekar buat pasukan bawah 10 tahun setelah menjuarai Liga Suparimau Musim C kali ini.

Tajaan :
@gdex_official

Liga :
@ligasuparimau

https://www.instagram.com/p/Cz2dAROyk...

Комментарии

Информация по комментариям в разработке