SIZZLING YEE MEE MUDAH DAN SEDAP

Описание к видео SIZZLING YEE MEE MUDAH DAN SEDAP

SIZZLING YEE MEE

Assalammualaikum dan selamat sejahtera. Seperti yang Min janjikan,kali ni min nak share resepi sizzling macam dekat food courts tu.Bahan dan caranya mudah sahaja.

Cuma dengan sedikit tambahan bahan rahasia,insyallah yee mee korang bertambah sedap.Insyaallah cubalah,jangan lupa share dengan kawan kawan yang lain yer.

Bahan bahannya.
Ayam di potong kecil 400 gm
Kicap cair 1/4 cawan
Kicap pekat 4 tbsp
Cendawan shitake 5 biji ( rendam air panas dan hiris )
Tepung jagung 4 tbsp
Sos tiram 1/2 cawan
Halia 2 inci dipotong nipis
Bawang putih 4 ulas di ketuk
Cili kering 5 biji dipotong pendek
Serbuk lada hitam 1/2 tsp
Telur 1 biji
Yee mee 1 paket
Kulit kayu manis 1 batang
Bunga lawang 2 kuntum

Bunga lawang dan kulit kayu manis adalah ramuan rahasia yang digunakan untuk menambahkan lagi ke enakkan sizzling korang.Cubalah, insyallah korang akan rasa perubahannya.

Kuah sizzling mestilah dimasak lama bagi memastikan rasa ayam sebati dengan kuahnya.

Cara memasak rujuk video ye.

Sebarang persoalan dan cadangan mohon diajukan diruangan komen ya.

Music by:https://www.bensound.com/

#hanghungrykitchen, #hotplate, #yeemee, #sizzlingyeemee, #sedap, #resepimudah #chinesefoods

Комментарии

Информация по комментариям в разработке