Roti Canai TERBAIK di KL, Resepi Kuah Dhal Istimewa Lan Roti Canai

Описание к видео Roti Canai TERBAIK di KL, Resepi Kuah Dhal Istimewa Lan Roti Canai

Kedai Lan Roti Canai telah mula bertapak sekitar tahun 90-an dan cukup terkenal dalam kalangan penuntut dan staf Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Walaupun sekarang telah berpindah ke Pantai Dalam, Lan Roti Canai masih mendapat sambutan yang baik dari pelanggan-pelanggan baru.

40 tahun pengalaman menebar roti canai membuatkan beliau dikenali dan digelar roti canai LEGEND di kawasan setempat. Peminatnya rata-rata menyukai roti canai lembut berserta kuah dhal daging dan sambal tumis yang disediakan.

📍Lokasi » Lan Roti Canai
20, Jalan Pantai Permai, Pantai Dalam, 59200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

⏰ Waktu Operasi » Dibuka setiap hari dari jam 7 pagi hingga 11 pagi

#destinasitv #streetfood #roticanai #kualalumpur

Bermula pada tahun 2017, Destinasi TV melihat budaya kulinari dan darmawisata sebagai pintu kepada sejarah, tradisi dan evolusi masyarakat tempatan.

Destinasi TV menghasilkan siri video digital yang menghiburkan, mendidik dan berkualiti tinggi untuk tayangan umum secara percuma di platform seperti Youtube, Facebook, Instagram, IFlix dan Dim Sum.

Destinasi TV terkenal dengan siri video digital seperti “Mat Salleh Cari Makan”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Pilihan Terbaik”, “Sembang Bros”, “The Nasi Lemak Show”, dan “Trek Artisan”.

Комментарии

Информация по комментариям в разработке