Bagaimana Jepun Kalah Dalam Perang

Описание к видео Bagaimana Jepun Kalah Dalam Perang

Download Mobile Apps APHD Channel (Google Play dan Apple Store) dan langgan "Membership" untuk mendapatkan dokumentari "Exclusive" dari APHD Channel
Klik link di bawah.
► https://linktr.ee/aphdchannel

Anda juga boleh Join APHD Membership di youtube Untuk Dapatkan Akses "Exclusive"
Klik link di bawah.
►    / @aphdchannel  

Sokongan "Membership" daripada anda dapat membantu kami menghasilkan lebih banyak video.

Sebarang pertanyaan boleh email kami di [email protected]
Terima kasih kerana terus menyokong kami.
--

Bagaimana Jepun Kalah Dalam Perang

Salah satu peristiwa penting semasa penghujung era Perang Dunia Kedua, adalah peristiwa Jepun mengaku kalah kepada Pakatan Perikatan yang diketuai oleh Amerika Syarikat, pada waktu tengah hari 15 Ogos 1945. Peristiwa itu berlaku setelah kejadikan pengeboman Hiroshima dan Nagasaki, yang telah mengorbankan ribuan nyawa manusia.

Melalui satu siaran radio Gyokuon Hoso, pada 14 Ogos 1945, pihak Jepun melalui Maharaja Hirohito telah mengumumkan, yang Empayar Jepun telah mengaku kalah dan menyerah kepada Pakatan Perikatan. Jadi waktu itu, Malaya dan beberapa wilayah Asia Tenggara yang lain yang sebelum itu diduduki Jepun, terbiar dan tergantung tanpa sebarang pemerintah.

Perang Dunia Kedua juga merupakan konflik yang paling banyak menyebabkan kematian dalam sejarah manusia, di mana telah mengorbankan kira-kira 70 hingga 85 juta nyawa, dengan lebih banyak orang awam terbunuh berbanding anggota tentera. Puluhan juta orang terkorban disebabkan oleh genosid, pembunuhan beramai-ramai, kebuluran dan penyakit.

Jadi dalam video kali ini kita akan melihat mengapa Jepun mengaku kalah dalam Perang Dunia Kedua. Teruskan menonton.

Комментарии

Информация по комментариям в разработке