Misteri PEDU LAKE RESORTS yang ditinggalkan | Aerial View

Описание к видео Misteri PEDU LAKE RESORTS yang ditinggalkan | Aerial View

Tasik Pedu atau dulunya dikenali sebagai Kolam Air Pedu merupakan saliran bagi Sungai Pedu yang disalurkan oleh kerajaan untuk menampung bekalan air bersih kepada penduduk negeri Kedah. Air Sungai Pedu mengalir dari Bukit Pakir Terbang (ketinggian 574 m dari aras laut). Sungai Pedu bertemu dengan Sungai Padang Terap. Bukit-bukit di hulu Sungai Pedu merupakan kawasan sempadan negara Thailand.

Pedu Lake (Malay: Tasik Pedu) is a man made lake located in Padang Terap District, Kedah, Malaysia. This huge lake covers an area of 75 km².

Projek pembangunan pelancongan Tasik Pedu yang sepatutnya menjadi antara destinasi tersohor dan penyumbang ekonomi negeri Kedah, hanya mampu bertahan tidak sampai 15 tahun selepas dimulakan pada 1990.

Lebih menyedihkan, tiga hotel bertaraf antarabangsa dengan ratusan chalet yang dibangunkan, kini sekadar bangunan terbiar di kawasan yang kembali menjadi hutan belantara.

Ia merangkumi tiga bangunan utama hotel, 300 buah chalet, kolam renang, pusat cenderahati dan beberapa restoran, dewan, bilik mesyuarat, disko, karaoke lounge, stesen house keeping, kompleks sukan air, gelanggang tenis dan squash, padang golf, rumah kakitangan, rumah bekalan TNB, tangki air dan saluran bekalan air.

Holiday Inn Pedu Lake Resort yang kemudiannya diambil alih oleh Mutiara Pedu Lake and Golf Resort serta Desa Utara Resort dan Anjung Pedu Lake Resort Seri Negeri kini menjadi nesan sejarah pelancongan negeri yang gagal.

Facebook:
  / mohdfikri.yazid  

#tasikpedu #misteri #kuburlama #kualanerang #seram #kedah #hijaukuning #resorttinggal #tempatmenarikdikedah #ekopelancongan #monggajah #pedulakeresort #sempadanthailand
#empanganpedu #berhantu

Комментарии

Информация по комментариям в разработке