Maharaja Lela Cecah Air Kapal Perang Moden TLDM Bakal Berkhidmat Tidak Lama Lagi

Описание к видео Maharaja Lela Cecah Air Kapal Perang Moden TLDM Bakal Berkhidmat Tidak Lama Lagi

Maharaja Lela Cecah Air Kapal Perang Moden TLDM Bakal Berkhidmat Tidak Lama Lagi

LCS 1 telah pun cecah air dan sedang dipasang peralatan penting pada kapal, sebelum diserahkan kepada TLDM untuk ujian laut / Sea-trial, dan kemudian ditauliahkan kedalam perkhidmatan penuh TLDM pada 2026. (Photo 1)

Berita positif ini akan membantu perkembangan LCS 2 dan LCS 3 yang telah pun disambung badan kapal, seterusnya LCS 4 dan LCS 5 yang dijangka menyusul sebelum berakahir 2030.

Kapal LCS ini keperluan TLDM, keperluan mendesak dan penting, sesuai dengan ancaman semasa terutama di ZEE dan Laut China Selatan, bila kita ada kapal yang berkemampuan, tidaklah orang suka hati buli kita. Sebab kita punya keupayaan,

RMN 15 to 5 jelas menunjukkan TLDM memerlukan 12 buah kapal LCS, jika merujuk kepada perancangan awal dan pembinaan 6 LCS awal yang kemudiannya dikurangkan kepada 5, 1 dibatalkan, maka ada baki 7 buah lagi LCS perlu dilengkapkan kedalam perkhidmatan TLDM.

Jenis kapal yang sama akan membantu pengurusan dan kos operasi yang baik, maka munkin varian yang sama atau model yang lebih moden boleh dipertimbangkan untuk 7 buah lagi LCS.

TLDM juga memerlukan 18 buah LMS, kini 4 dalam operasi perkhidmatan (Kelas Keris LMS) yang dibeli dari China, 3 buah lagi bakal menyusul tetapi dengan sedikit perbezaan iaitu pertambahan saiz dan persenjataan.

TLDM juga memerlukan 18 OPV dan 3 buah MRSS, kemudian tambahan 2 buah lagi kapal selam.

Jumlah ini bukanlah banyak mana, tetapi jumlah munasabah untuk keperluan operasi TLDM, sepatutnya ada paltform perlu lebih lagi dari jumlah cadangan.

Комментарии

Информация по комментариям в разработке