Operasi APT40 - Serangan Dari China Ke Atas Malaysia

Описание к видео Operasi APT40 - Serangan Dari China Ke Atas Malaysia

Join "Membership" APHD Channel dan pilih "Exclusive video" untuk mendapatkan akses video eksklusif

JOIN NOW
►    / @aphdchannel  

Anda juga boleh download Mobile Apps APHD Channel dan langgan "subscription" untuk mendapatkan dokumentari "Exclusive" , Tanpa Iklan dan Early Access

DOWNLOAD NOW
► https://linktr.ee/aphdchannel
_______________

--

OPERASI APT40: MALAYSIA DIGODAM CHINA

Pada tahun 2013, sebuah laman sesawang bernama Wired, telah menerbitkan sebuah artikel berkenaan satu kumpulan penggodam, yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kerajaan China. Kumpulan yang dikenali sebagai APT1 ini merupakan sebahagian daripada unit 61398, iaitu salah sebuah unit dalam angkatan Tentera Pembebasan Rakyat atau PLA.

Dalam insiden ini, dilaporkan bahawa kumpulan APT1 ini telah berjaya memuat turun beratus terabait data, yang melibatkan lebih 100 syarikat di Amerika Syarikat. Penemuan kesan-kesan pencerobohan itu membuktikan yang unit tersebut memang wujud, walaupun ianya dikatakan hanya khabar angin selama ini. Dan kajian mendalam daripada laporan itu mendapati, jaringan rangkaian China ini sebenarnya jauh lebih besar daripada sangkaan, yang melibatkan usaha China menguasai dunia.

Malaysia juga tidak terkecuali daripada terlibat dalam isu penggodam ini.
Pada Februari 2020, Malaysia Computer Emergency Response Team (MyCERT), telah mengeluarkan amaran dimana satu kumpulan penggodam China, APT40 yang mensasarkan para pegawai kerajaan, untuk mencuri data mengenai projek yang disokong oleh kerajaan.

Jadi, dalam video kali ini kita akan melihat Operasi APT40 dan cubaan China menggodam kerajaan Malaysia. Teruskan menonton.

Комментарии

Информация по комментариям в разработке