Timbalan Perdana Menteri Malaysia (1957-2023)

Описание к видео Timbalan Perdana Menteri Malaysia (1957-2023)

Timbalan Perdana Menteri Malaysia ialah jawatan politik kedua tertinggi Kerajaan Malaysia. Ia merupakan jawatan yang tidak terkandung dalam Bab 3 Badan Eksekutif Perkara 43 Jemaah Menteri dalam Perlembagaan Malaysia. Jawatan ini dilantik secara konvensyen sahaja. Setiap Timbalan Perdana Menteri diwajibkan untuk memegang jawatan Menteri dalam Jemaah Menteri sebagai syarat untuk dilantik ke jawatan tersebut.
Kebiasaannya, Timbalan Perdana Menteri adalah bakal Perdana Menteri yang seterusnya seperti mana ketika Barisan Nasional menguasai Dewan Rakyat Malaysia. Mereka yang dilantik pula kebiasaannya adalah dari kalangan Ahli Dewan Rakyat Malaysia.
Ahli Dewan Negara Malaysia juga layak untuk dilantik sebagai Menteri seterusnya sebagai Timbalan Perdana Menteri. Tetapi, oleh kerana tempoh maksima seseorang boleh menjawat jawatan sebagai Dewan Negara Malaysia adalah selama 6 tahun, menyebabkan mereka kurang sesuai untuk dilantik ke jawatan tersebut. Namun, tidak semua daripada mereka berjaya untuk dilantik sebagai Perdana Menteri atas pelbagai sebab.
Sumber: https://ms.wikipedia.org/wiki/Timbala...

Lagu 1 Malaysia (Instrumental)
Sumber:    • 1 MALAYSIA   MINUS ONE + LIRIK HD  

Комментарии

Информация по комментариям в разработке