【4K|HDR】PART 1 | CHULIA STREET | PENANG NIGHT LIFE | 1:00 AM | NIGHT WALK | SONY A7III

Описание к видео 【4K|HDR】PART 1 | CHULIA STREET | PENANG NIGHT LIFE | 1:00 AM | NIGHT WALK | SONY A7III

Camera: Sony A7iii
Lens; Sony FE 20mm F1.8 G

PART 1;
Sejarah "Chulia Street"
"Chulia Street" merupakan antara jalan tertua di Pulau Pinang. Mula dibina sekitar tahun 1786.
Pada asalnya kawasan ini banyak didiami oleh penduduk India Muslim, dan jalan dinamakan "Malabar Street".

Bagaimanapun pada sekitar 1780-an, banyak pendatang dari India mula berhijrah ke kawasan ini yang majoritinya berasal dari Denasti Chola. British memanggil mereka sebagai "Chulier". Lama kelamaan, sebutan "Chulier" bertukar ke "Chulia". Pada tahun 1789, British telah menamakan semula jalan ini kepada "Chulia Street". Lebih dikenali penduduk setempat dengan nama "Lebuh Chulia".

Sejarah "Love Lane"
"Love Lane" telah ada dalam peta Georgetown seawal tahun 1803.
Tidak diketahui bagaimana Love Lane mendapat namanya. Ada beberapa teori;

1: Seorang pegawai British, kononnya bernama "Love", dikatakan pernah ditempatkan di George Town.
2: Lorong itu adalah tempat askar Eropah bergaul dengan wanita tempatan di kawasan kebun buluh. Kemudian, rumah pelacuran banyak didirikan di sepanjang lorong tersebut . Apabila orang Cina dan Peranakan berpindah, beberapa ahli perniagaan Cina telah menyimpan perempuan simpanan mereka di sepanjang lorong ini.

Video ini dirakam sekitar pukul 1.00 Pagi.

Sila ikut link di bawah untuk menonton sambungan video "Chulia street" (The Pokok-All Day Bar). Video ini telah dipisahkan memandangkan terdapat "copyright claim - as cover song, yang disajikan oleh pemain band; Lagu; Kekasih Awal dan Akhir".
link;    • 【4K|HDR】"CHULIA STREET" (THE POKOK-AL...  

PART 2, Chulia Street 12:00 AM;
   • 【4K|HDR】PART 2 | CHULIA STREET | PENA...  

_____________________________________________

~Record in HLG (Hybrid Log Gamma), mastered in HDR~

Any reproduction of this work is not permitted without the permission of the copyright owner
Copyright © 2023 Peek Hike. All Rights Reserved.

#chuliastreet #lovelane #lebuhchulia

Комментарии

Информация по комментариям в разработке