Pengerusi sekolah agama dituduh cabul guru praktikal

Описание к видео Pengerusi sekolah agama dituduh cabul guru praktikal

Pengerusi sebuah sekolah agama swasta di daerah ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di Port Dickson, pada 18 September atas pertuduhan mencabul seorang guru praktikal di sekolahnya bulan lalu.

Tertuduh, Mohd Hafidz Eshak, 44, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Uthman Abd Ghani.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah kepada seorang remaja perempuan berusia 19 tahun dengan niat dan maksud melakukan suatu perbuatan mencabul kehormatan remaja berkenaan.

Perbuatan itu dilakukan kira-kira jam 6.40 petang di tingkat satu sekolah agama terbabit pada 18 Ogos lalu.

Terdahulu, Hanif turut membetulkan fakta, anak guamnya tidak mempunyai sebarang kaitan dengan Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH).

Mahkamah kemudiannya menetapkan wang jaminan sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin dan syarat tambahan supaya tertuduh tidak mengganggu mangsa atau mana-mana saksi pendakwaan.

Sebutan semula kes akan ditetapkan pada 17 Oktober ini.


------------------------------------------------------------------------------------------------
#BeritaHarian #BHonline #BHTV

➡ Berita terkini di http://www.bharian.com.my
▪️ WhatsApp Channel https://bit.ly/46dAZbj
▪️ LinkedIn   / beritaharian  
▪️ Instagram   / beritaharian  
▪️ Facebook   / bhonline  
▪️ X   / bharianmy  
▪️ TikTok   / bharianmy  

Комментарии

Информация по комментариям в разработке