Inspirasi dari Jutawan Serai

Описание к видео Inspirasi dari Jutawan Serai

Abam bukan budak 'A' masa kat sekolah dulu. malahan abam selalu dapat nombor corot.
.
Masa kat sekolah dulu, semua orang berlumba-lumba dapat A. Masa tu saya tengok je. Saya bukan budak pandai tapi teringin nak pandai. Saya cuba dan terus mencuba. Masa nak exam call arwah mak, minta dia doa. Alhamdulilah lulus.
.
95% di sekolah dan universiti mengajar saya bagaimana nak dapat 'A'. Tapi rupanya di alam realiti lepas sekolah tak ada pun orang tanya berapa A saya dapat. Masa mintak kerja saya tak gunakan sijil yang saya ada.
.
Pasaran kerja nak tahu, apa yang saya boleh buat. Kemahiran itu adalah sebuah pengalaman. Sebab itu ramai adik-adik lepasan ijazah sukar dapat kerja kerana mereka masih tidak ada pengalaman dan tak ada result.
.
Rupanya sijil hanyalah sehelai kertas.
.
Kelulusan saya di Universiti adalah bidang Kamputer dan Matematik. Mungkin kurang 3% ilmu komputer yang saya gunakan sekarang.
.
Bila saya mula tanam serai lebih 15 tahun lepas. Ramai juga yang ketawakan saya. Ada kawan-kawan yang berkelulusan bercerita, itu je bisnes yang boleh dibuat belajar tinggi-tinggi.
.
Lebih memedihkan bila rakan sebaya dikampung pula perli. "Kalau serai boleh buat orang jadi kaya, akulah yang kaya dulu kerana sejak lahir aku kenal serai dari kau". Mereka gelak-gelak bila aku cakap se-ekar serai boleh jana pendapatan 4 ribu sebulan.
.
Orang bisnes lebih buat dari bercakap. Hingga dapat saya siapkan rumah mak saya yang nilainya 500 ribu secara tunai masa itu benyaknya kerana duit dari hasil 'buat' bukan dari harga sijil yang saya ada.
.
Bukan itu saya nak cerita. Saya nak cerita tentang sekeping sijil yang anda miliki sekarang. Ianya berapa nilainya? Adakah seribu sebulan atau 100 ribu sebulan.
.
Ianya tidak penting. Anda perlu yakin pada diri anda sendiri untuk menentukan berapa nilai anda sekarang dan masa depan.
.
Walaupun anda pernah kalah dan gagal. Itu hanyalah proses untuk anda menjadi seorang yang berjaya.
.
Saya telah mengharung pelbagai jenis bisnes dan turun naiknya. Dari buat restoran, membuat kilang baja hingga syarikat perundingan antarabangsa. Rupanya keberanian lebih diperlukan dari kepandaian.
.
Jangan salah sangka, saya juga belajar hingga peringkat tertinggi diluar negara. Tidak bermaksud ilmu tidak penting. Tetapi apa yang cuba saya sampaikan sijil tidak menjamin anda untuk anda berjaya lagi pada zaman sekarang.


#timorensisagrofarm
#pulaulangkawi
#langkawisanasini

Комментарии

Информация по комментариям в разработке