MASDO terbang ke Kota London 🇬🇧

Описание к видео MASDO terbang ke Kota London 🇬🇧

Assalamualaikum teman teman, sahabat handai sekalian.
Izinkan kami berkongsi serba sedikit perjalanan kami ke Kota London untuk merakamkan lagu baru untuk album kedua di studio yang sangat ikonik, Abbey Road Studios.
Ini semua berlaku kerana beraninya kami semua bermimpi.
Satu perjalanan magis yang memberi pengalaman serta pengajaran yang sangat berharga tak kira untuk anak anak band, mahupun anak anak crew yang terlibat.
Syukur pada tuhan kerana memberi pinjam waktu dan rezeki yang melimpah ruah untuk kami jayakan angan-angan yang tak pernah terfikir dek akal ini.
Jutaan terima kasih kepada semua yang membantu untuk melicinkan segala hal tentang perjalanan ini seperti MAS Airlines yang membantu merealisasikan impian anak Malaysia, Vans, Kembara Food Travel, dan (sponsor) lain.
Juga kepada kalian semua yang walau apa pun sumbangannya, sebesar besar doa, sekecil-kecil wang, semuanya sangat lah kami hargai dan semoga tuhan membalas segala budi baik kalian dengan kebaikan yang datang dari arah yang tak terduga.
Terima lah sedikit buah tangan yang berbentuk visual dari kami.
Kalau rasa tak cukup, mungkin kami patut hasilkan versi yang lebih panjang, kan?🤔

📹: @aqlmuaz

#MASdoKeJalanAbbey

Ikuti media sosial Kugiran Masdo di:
  / kugiranmasdo  
  / kugiranmaso  
  / kugiranmasdo  

Комментарии

Информация по комментариям в разработке