Istiadat Perbarisan Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 2022

Описание к видео Istiadat Perbarisan Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 2022

Istiadat Perbarisan Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 2022 telah disempurnakan oleh Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Dataran Panglima Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi, hari ini.

Lt M Mohd Aiman merupakan salah seorang daripada 643 Pegawai Kadet ATM dari 4 kolej perkhidmatan iaitu ALK, Akademi Tentera Darat (ATD), Kapal Diraja Sultan Idris Pertama (KDSI) dan Akademi Tentera Udara (ATU) terbabit dalam istiadat perbarisan tersebut.

Dalam istiadat itu turut diadakan penyampaian Anugerah Pedang Kehormat berserta piala kepada 6 lagi Pegawai Kadet terbaik bagi setiap perkhidmatan.

Mereka adalah Lt M Muhammad Aizat Md Noor yang dinobatkan sebagai Pegawai Kadet Terbaik Tentera Darat Malaysia (TDM) bagi ALK.

Manakala, Lt M Muhammad Alif Najmi Zahari dan LT M Amir Safwan Muhammad Fahmi Shazwan masing-masing rangkul Pegawai Kadet Terbaik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) serta Pegawai Kadet Terbaik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Sementara itu, LT M Ahmad Khusyairi Abdul Razak telah dinobatkan sebagai Pegawai Kadet terbaik ATD, Lt M Rahmat Jumah penyandang Pegawai Kadet terbaik KDSI dan Lt M Mohammad Khairil Ikhwan Anuar pula sebagai Pegawai Kadet Terbaik ATU pada kali ini.

Pemangku Raja Pahang turut berkenan untuk mengurniakan watikah tauliah kepada 416 orang Pegawai Kadet TDM, Pegawai Kadet TLDM dan Pegawai Kadet TUDM.

Turut hadir, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Sri Muez Abd Aziz; Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang TUDM dan Panglima-panglima Perkhidmatan.

#airtimes #pegawaikadet #ATM #TDM #TLDM #TUDM #ALK #ATD #KDSI #ATU #sungaibesi #tentera #army #navy #airforce #pertahanan #rajapahang #perbarisan #prade #royal #UPNM #Malaysia

Комментарии

Информация по комментариям в разработке