Anugerah - As-Siddiq (Official Music Video)

Описание к видео Anugerah - As-Siddiq (Official Music Video)

Lagu Terbaik Nasyid Karnival Dakwah Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia peringkat Kebangsaan 2016
Lagu : As-Siddiq
Kumpulan : Anugerah
SMK Agama Kuala Lumpur

Vocalist Anugerah
Rusydan (Main Vocal)
Ashraff (First Voice)
Danish (Second Voice)
Wan Ariff Fikri (Third Voice)

Instagram ANUGERAH
https://instagram.com/anugerah_smakl?...

Facebook ANUGERAH
  / anugerahsmkakl-124900044245631  


The Best Lyric of ANUGERAH
Lagu/Lirik : Azahari bin Abdul Rahman NOWSEEHEART


AS-SIDDIQ

Lahirnya di Mekah, bernama Abdullah
Bin Abi Quhafah Uthman Bin Umar,
Tahun lima ratus tujuh puluh dua,
Selepas dua tahun lahir baginda

لقبه الصديق بسبب الإعتراف
على أقوال النبي و أفعاله

Lelaki pertama penganut setia
Islam diutama atas segala
Dahulu tak pernah berhala disembah
Berakhlak mulia dikagumi semua

Abu Bakar sahabat nan teguh iman
Tiada taranya tiada tandingan.

Peribadi pengasih penyayang
Ikhlas Abu Bakar ketika berjuang
Penuh santun, jujur, setia kawan
Bela kebenaran, benci kejahatan

Hijrah bersama Rasul menjadi saksi
Akrabnya Abu Bakar disisi Nabi
Di Gua Thur mereka bersembunyi
Dipanah bisa ular membengkak kaki
Mengalir air mata ke pipi baginda
Tersedar dan berdoa menyembuh sakitnya.

Janganlah… engkau berduka
Allah kan.. Bersama kita

Menggunung sumbangan buat agamanya
Melaut derma dirham, dinar dan harta
Untuk Perang Tabuk jua bebas hamba
Demi Rasulullah dipertaruh nyawa.

Nabi pergi jua meninggal dunia,
diurus Muhajirin jasad baginda

Saat itu, Ansor pun bertemu,
pilihan mereka Saad bin Ubadah
Bimbang Abu Bakar pun bertitah
Lantik Umar Al Khattab dan Abu Ubaidah Al-Jarrah

Dicadang kaum Ansar dua Khalifah
Dari Muhajirin dan dari mereka
Bingkas Bashir bin Saad dari kaum Ansar
Lantas pinta dihulur tangan Abu Bakar
Bersalaman mereka lalu dia di bai’ah
Sepakatlah yang hadir sebagai Khalifah
Tahun sebelas hijrah tarikh memerintah.

Adilnya… sebagai Ketua
Jasanya.. tiada terkira

Abu Bakar tegas lalu memusuhi
Golongan yang murtad dan mengaku Nabi
Islam diperkembang dari Rom ke Parsi
Yang tidak berzakat jua diperangi

The journey of Abu Bakar’s true leadership
The integration of practice, knowledge and creed

Jalinlah ukhuwah atas keimanan
Bantulah saudara dalam kesusahan
Pilihlah pemimpin kerana hasratnya
Berkorban segala demi agama


TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TELAH MEMBERI SOKONGAN PADU BUAT KUMPULAN ANUGERAH...KAMI AMAT-AMAT MENGHARGAINYA...SEMOGA ALLAH S.W.T MERAHMATI KALIAN DI DUNIA DAN AKHIRAT...AMIN :)

Комментарии

Информация по комментариям в разработке