Karnival Kita MADANI Negeri Selangor Meriah

Описание к видео Karnival Kita MADANI Negeri Selangor Meriah

Karnival Kita MADANI Negeri Selangor Meriah

Laporan/video: Memi Yusoff/Syafiq Saleh (Selangor)

KUALA SELANGOR, 30 Jun (MalaysiaAktif) – Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) Selangor
mendekati komuniti setempat menerusi pelbagai pengisian program sempena Karnival Kita MADANI Negeri Selangor 2024.

Karnival ini bermula 29 hingga 30 Jun 2024 berlangsung meriah dengan kehadiran 3,000 pengunjung yang diadakan di Dewan Dato’ Penggawa Permatang Kuala Selangor.

Menurut Dzulkefly, Komuniti MADANI berperanan sebagai penghubung antara kerajaan dengan rakyat, sekali gus menjadi jentera komunikasi dalam menyalurkan maklumat kepada masyarakat, selain mendapatkan maklum balas rakyat pada peringkat akar umbi.

“Sehingga Mei 2024, sebanyak 45 Komuniti MADANI ditubuhkan di zon utara negeri Selangor dan Gombak dan ini menggenapkan 158 penubuhan Komuniti MADANI di seluruh Selangor”.

“Tahniah dan syabas kepada Komuniti MADANI yang bakal menerima watikah semoga terus cemerlang dalam menjalankan tugas sebaik-baiknya”, katanya ketika berucap sempena Majlis Peramian Karnival Kita MADANI Negeri Selangor 2024, kelmarin.

Pelbagai pengisian program disajikan kepada para pengunjung seperti Jualan Ehsan RAHMAH, sukaneka MADANI, pertandingan mewarna kanak-kanak, Konsert Infiesta PENTARTAMA, tayangan filem tempatan, taklimat isu semasa, reruai pameran jabatan dan agensi yang menyediakan tawaran dan perkhidmatan yang bermanfaat kepada masyarakat.

#MalaysiaAktif
#MalaysiaMADANI
#JAPENSelangor

Комментарии

Информация по комментариям в разработке