Proton Wira - Full Overhaul gearbox auto F3A21 (Part 1: buka gearbox)

Описание к видео Proton Wira - Full Overhaul gearbox auto F3A21 (Part 1: buka gearbox)

Assalamualaikum ... bertemu lagi kita. Kali ini saya akan share teknik lengkap overhaul gear box automatik Proton Wira 3 speed model F3A21.

Gear box adalah sebuah komponen untuk menggandakan daya yang diterima daripada enjin sebelum sampai ke roda bagi menggerakkan sesebuah kenderaan. Dengan kuasa yang terhad daripada enjin, komponen ini boleh menggandakan torque serta merta atau mengurangkan torque mengikut keperluan pemanduan.

Gearbox automatik adalah antara penciptaan paling kreatif manusia jika difikirkan. Ia anugerah Ilahi sekaligus menggambarkan kebijaksanaan Allah SWT pemilik segala ilmu di alam semesta ini.

Gearbox automatik boleh menukarkan kelajuan dari gear 1 sehingga gear maksima tanpa perlu pemandu mengarahkannya. Hanya tekan throttle pedal sahaja ia mampu bertukar shift dengan sendirinya. Sangat menakjubkan.

Bagi kenderaan manual, sistem kuasa enjin bersambungan terus dengan transmisi manual dan roda secara terus tetapi sistem transimi automatik tidak. Di antara enjin dan transmisi automatik terdapat sistem hidraulik yang menjadi pengganda daya empar sebelum masuk ke sistem transimi automatik dan ke roda. Sebab itu jika kenderaan automatik kehabisan tenaga bateri, enjinnya tidak boleh dihidupkan hanya dengan menolak dan terus tukar ke gear 1 seperti kenderaan manual melainkan dengan menggantikan bateri baru untuk hidupkan enjin seperti biasa.

Di dalam gearbox automatik terdapat komponen seperti Torque converter, oil pump, front clutch, rear clutch, low & reverse clutch dan overdrive clutch. Ia disusun bersama dalam 1 barisan. Kebolehfungsiannya 100% bergantung pada bagaimana aliran bendalir hidraulik tersebut.

Itulah sedikit sebanyak perkongsian saya cara dan kaedah yang diamalkan di bengkel-bengkel.

Jika video ini bermanfaat pada anda, tolong share dan subscribe channel saya ( Matt Fuyver) ini. Semoga memberi manfaat kepada kita semua.

Sekian dari saya :
~Matt Fuyver / Chegu Faiz~

Комментарии

Информация по комментариям в разработке