Bersih kecam pandangan Ahmad Maslan di Sg Bakap

Описание к видео Bersih kecam pandangan Ahmad Maslan di Sg Bakap

Bersih mengecam ahli MKT Umno Ahmad Maslan kerana menganggap tidak salah bagi anggota kabinet menganjurkan program atau mengumumkan peruntukan semasa PRK berlangsung.

Menurut NGO tersebut dalam satu kenyataan, amalan menggunakan sumber dan jentera kerajaan semasa kempen adalah bertentangan dengan amalan baik pilihan raya yang bersih dan adil di peringkat antarabangsa.

Jelas Bersih lagi, Perkara 4 kurungan 1 Deklarasi Inter-Parliamentary Union (IPU) menyatakan bahawa negara perlu memastikan terdapat pemisahan di antara kerajaan dan parti bagi memastikan pilihan raya bersih dan adil.

Комментарии

Информация по комментариям в разработке