Tips Beli Rumah Pertama

Описание к видео Tips Beli Rumah Pertama

Ramai yang rugi puluhan ribu kerana tersilap beli rumah. Kesilapan ni jadi kerana mereka tak tahu apa tujuan belian dan rumah macam mana patut beli. Dalam video ni saya nak kongsikan tentang tips beli rumah pertama.

Di akhir video ni anda akan faham kenapa tujuan belian tu penting. Anda juga dapat tahu apakah ciri-ciri rumah yang sesuai dengan tujuan belian anda.

Sebagai rumusan:

Bila beli untuk duduk, ciri rumah tu mesti penuhi keperluan keluarga. Elak beli rumah hanya kerana anda rasakan ianya pelaburan baik. Keluarga anda adalah prioriti.

1) Bila beli rumah untuk duduk, beli ikut kemampuan. Buat bajet terlebih dahulu kerana bayaran bulanan akan beri kesan kepada gaya hidup anda dan keluarga.

2) Beli rumah dekat dengan tempat kerja kerana ini akan menjimatkan kos sampingan macam petrol dan tol. Anda juga tak perlu berhadapan trafik yang sesak. Kalau boleh cari rumah yang lebih dekat dengan tempat kerja isteri.

3) Beli rumah dekat dengan fasiliti. Kaji persekitaran terlebih dahulu. Contohnya: jangan beli dan baru perasan sekolah anak anda jauh dari rumah.

4) Ambil kira kos hartanah strata macam maintenance fee dan masukkan dalam bajet bulanan anda.

Kalau beli sebagai pelaburan, anda kena kaji potensi pulangan atas pelaburan.

1) Elakkan melabur untuk jangka pendek. Ada lambakan hartanah di pasaran sekarang dan anda mungkin tidak akan terima pulangan untuk beberapa ketika.

2) Hati-hati jika melabur hartanah jenis kondomium. Pasaran kondominium terjejas teruk akhir-akhir ini.

Semoga video ini menjadi panduan untuk anda yang nak beli rumah. Jika ia bermanfaat, bantu saya untuk like dan share. Saya juga alu-alukan pertanyaan di ruangan komen. Jangan lupa juga untuk melanggan saluran saya. Sokongan anda amat saya hargai.

Комментарии

Информация по комментариям в разработке