Ucapan Anwar Ibrahim di Majlis Konvokesyen Khas Universiti Islam Sains Malaysia (USIM)

Описание к видео Ucapan Anwar Ibrahim di Majlis Konvokesyen Khas Universiti Islam Sains Malaysia (USIM)

Berpeluang hadir ke Majlis Konvokesyen Khas Universiti Islam Sains Malaysia (USIM) yang turut dihadiri Pro-Canselor YAM Tunku Besar Menanti, Tunku Ali Redhahuddin Ibni Tuanku Muhriz yang berkenan menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Pengajian Quran dan Sunnah kepada Fadhilatul Imam Al-Akbar Prof. Dr. Ahmad Muhammad Ahmad Al-Tayyeb, Syeikhul Azhar.

Satu penghormatan kepada Malaysia atas kehadiran Syeikh ke Malaysia dan keputusan yang tepat bagi USIM menyampaikan anugerah Doktor Kehormat kepada Fadhilatul Imam Al-Akbar berdasarkan ketokohan dan peranan beliau dalam dunia Islam.

Saya kagum dengan kupasan Syeikhul Azhar yang ringkas tapi memberi kesan kepada hati nurani mengenai kekuatan mesej Islam dalam mempertahankan pendekatan yang sederhana dan bijak apakala menghadapi permasalahan semasa.

Institusi Al-Azhar Syariff telah memberi sumbangan besar kepada rantau kepulauan Melayu yang mendapat manfaat yang besar dari alumni Al-Azhar yang merupakan benteng utama akidah umat Islam serta menanam roh perjuangan Islam dalam kalangan masyarakat.

Saya bagi pihak Kerajaan dan rakyat Malaysia menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Fadhilatul Imam Al-Akbar dan delegasinya atas kunjungan ke Malaysia dan berharap kita semua dapat memanfaatkan cadangan atau usul beliau yang boleh digunakan oleh kita dalam menjadikan cita-cita ke arah negara MADANI.

Dalam ucapan, saya tekankan harapan agar umat Islam di negara ini perlu lebih positif dan berani menonjolkan akhlak Islam, dalam menyantuni penganut agama lain di Malaysia serta rantau Asia

Комментарии

Информация по комментариям в разработке