Gamat! Penonton bangkit harga minyak ketika Rafizi berceramah

Описание к видео Gamat! Penonton bangkit harga minyak ketika Rafizi berceramah

Majlis Pelancaran Jentera Perpaduan untuk PRK Sungai Bakap malam semalam sedikit gamat selepas seorang penonton membangkitkan isu harga minyak yang tidak turun ketika Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli sedang berceramah.

Lelaki itu yang berada dalam kalangan penonton kedengaran berteriak mempersoalkan mengapa harga minyak tidak turun.

Rafizi kemudian menjemput penonton itu di atas pentas bagi menjelaskan persoalan tersebut namun ia ditolak oleh penonton tersebut.

Soalan penonton itu dipercayai selepas pengumuman penetapan harga runcit bahan api diesel pada RM3.35 seliter bermula tengah malam tadi di stesen minyak seluruh Semenanjung Malaysia.

Sumber video:   / 478615817860072  

Комментарии

Информация по комментариям в разработке