DOKUMENTARI KHAS : RPA 2022

Описание к видео DOKUMENTARI KHAS : RPA 2022

UJIAN RONDA PANDU ARAH JABATAN KDNKA 2022 LABUH TIRAI DENGAN PRESTASI CEMERLANG PGA DAN PGK

Ipoh, 19 Mei 2022 - Pasukan Gerakan Am (PGA) serta Pasukan Gerakan Khas (PGK) di bawah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempamerkan prestasi cemerlang dalam Ujian Ronda Pandu Arah 2022 yang diadakan di Kem PGA Ulu Kinta, di sini.
Latihan yang bermula pada 17 Mei itu melabuhkan tirainya di Batalion 3 PGA, Bidor, Perak dengan dirasmikan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Razarudin Husain, petang tadi.
Menerusi sesi latihan tersebut, sebanyak tiga kategori dipertandingkan iaitu PGA, bukan PGA dan jemputan yang dibuka kepada Pasukan Khas, 69 Komando.
Batalion 1 PGA berjaya menamatkan latihan dengan catatan masa 6 jam 16 minit dan 45 saat sekali gus mengetepikan saingan daripada 13 pasukan lain yang bertanding dalam kategori PGA. Bagi saingan menerusi acara bukan PGA, Unit Tindakhas berjaya menguasai latihan dengan catatan masa 9 jam 43 minit dan 54 saat. Manakala Skuadron Bravo dari 69 Komando pula mempamerkan aksi cemerlang menerusi catatan masa latihan, 3 jam 8 minit dan 48 saat.
Hadiah dan piala pusingan kepada para pemain dan pasukan yang terlibat telah disampaikan oleh Dato' Razarudin dengan diiringi Pengarah Jabatan KDNKA, CP Dato' Sri Hazani Ghazali dan Timbalan Komander 69 Komando selaku pengerusi latihan pertandingan, ACP Hamzah Hashim.
Tahniah kepada semua yang terlibat !

Комментарии

Информация по комментариям в разработке