Betul Ke Pasembur Mahal Sangat? Ramai Tak Tahu Kedai Ni | Mohabath Famous Mee & Pasembur

Описание к видео Betul Ke Pasembur Mahal Sangat? Ramai Tak Tahu Kedai Ni | Mohabath Famous Mee & Pasembur

📍Lokasi » Mohabath Famous Mee & Pasembur
Medan Selera Padang Brown, Jalan Dato Keramat, 10450 George Town, Penang
⏰ Waktu Operasi » Dibuka pada setiap hari dari jam 3 petang hingga 11:30 malam kecuali hari Selasa
☎️ Nombor Telefon » 012-425 0786

Pasembur & Mee Sotong, nama yang cukup sinonim dengan Pulau Pinang! Kalau anda sedang bercuti di Pulau Pinang, memang tak lengkap tanpa menikmati keenakan pasembur dan mee sotong di Mohabath Famous Mee & Pasembur yang terletak di Padang Brown. Dengan rasa yang memikat dan keunikan tersendiri, sekali cuba, pasti nak repeat lagi! Yang uniknya lagi tentang Pasembur disini, mereka letak Kelempung dalam Pasembur tau. Hangpa tau tak Kelempung tu apa? Hangpa kena layan video sampai habis tau.

Tapi tahu tak, di sebalik keenakan hidangan ini, ada terselitnya kisah inspirasi tentang seorang anak muda yang kini meneruskan legasi perniagaan keluarganya yang bermula sejak zaman atuknya lagi. Jom saksikan bagaimana semangat dan dedikasi menghidupkan warisan ini!

#MohabathFamousMeePasembur #StreetFoodPenang #PadangBrown #Pasembur #MeeSotong

Destinasi TV adalah saluran digital yang mempersembahkan dokumentari mini mengenai kepelbagaian budaya, sejarah, dan tarikan tempatan di Malaysia. Kami membawa penonton menjelajahi keunikan makanan tradisional, kraf tangan yang memukau, dan pelbagai aspek budaya yang memperkaya warisan Malaysia. Setiap kisah kami sampaikan dilengkapi dengan penceritaan yang mendalam dan visual yang menarik, menjadikan setiap episod bukan sekadar tontonan, tetapi pengalaman yang mendidik dan menginspirasi.

Комментарии

Информация по комментариям в разработке