TEATER TRADISIONAL MEK MULUNG "HIKAYAT PUTERI 12 BERADIK" (Panggung Seni Tradisional 2018)

Описание к видео TEATER TRADISIONAL MEK MULUNG "HIKAYAT PUTERI 12 BERADIK" (Panggung Seni Tradisional 2018)

Mek Mulung mempunyai persamaan dengan Makyong iaitu gabungan lakonan, nyanyian, tarian dan muzik, serta persamaan watak-watak utama seperti raja, permaisuri, putera, puteri, peran, istana dan sebagainya. Namun, terdapat perbezaan daripada segi loghat (dialek), busana, bunga tarian dan struktur persembahan. Kesenian Mek Mulung telah mengalami beberapa perubahan yang lebih untuk memantapkan struktur persembahan. Ritual yang menyalahi hukum syarak juga sudah tidak diamalkan; keutamaan pada skop persembahan pentas. Kesenian Mek Mulung yang dipercayai berusia lebih 400 tahun ini telah diangkat dan diisytihar sebagai Seni Warisan Kedah pada 24 Oktober 2014 dan susulan pengisytiharan itu Kerajaan Negeri Kedah, dengan kerjasama beberapa pihak, kini dalam usaha mendapatkan pengiktirafan Pertubuhan, Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) untuk menjadikan kesenian Mek Mulung sebagai warisan dunia.

Kredit: Kumpulan Darinai Dance

Комментарии

Информация по комментариям в разработке