Percayalah bukan semua orang tahu buat kek butter cantik dan sedap begini

Описание к видео Percayalah bukan semua orang tahu buat kek butter cantik dan sedap begini

Teknik membuat Thai Butter Cake yang mulus & sedap sangat.😋

#300k_Followers_Appreciations

.
Assalamualaikum & hai semua followers ApaKauRasa yang di sayangi..😘
.
Sempena 300k Followers kali ini KakSue ingin hadiahkan resepi yang Kak Sue rasa sangat berbaloi di cuba.
.
Resepi ni sangat bermakna buat KakSue kerana inilah resepi yang mengambil masa untuk KakSue praktis mencari maklumat sana dan sini, percubaan berkali2 dan akhirnya.. jadi jugak kek ni. Alhamdulillah..😄
.
KakSue mula nampak kek ni dari bakers Thailand & rasa kagum dengan keindahan kek ni sebab mulus sangat. So KakSue
pernah minta ajar dengan sorang bakers Thai ni tapi diorang x ajar international punya student.
.
So, KakSue belajar sendiri dari beberapa maklumat yang kaksue jumpa di internet & praktikkan beberapa kali, ubah sana & sini.. Dan...Akhirnya... Alhamdulillah.. Jadi.jugak walaupun belum perfect sangat..😁
.
Oklah gaiiiss..
Inilah dia resepi yang ramai tunggu dari.semalam lagi..🤣
.
KakSue berbesar hati Share dengan kamu semua sebagai tanda terima kasih selalu support #ApaKauRasa.
.
.
Oklah gais.. Selamat mencuba!
.
*Siapa yang sudah cuba buat bolehlah tag ApaKauRasa @ letak gambar di bahagian komen ya. Tq semua😘



Bahan2 :
.
Bahan A : (Ayakkan)
265gr Tepung Kek
1 1/3 tsp Baking powder

Bahan B :
200gr Pure Salted Butter
(Boleh jugak guna unsalted tambahkan 1 tsp garam)
100gr Gula kastor
100gr Gula Aising
16 gr Ovalette /Sp

Bahan C :
245gr Telur ( pecahkan dan tiimbang)(suhu bilik)

Bahan D :
105gr Susu Sejat( suhu bilik)
1 tsp esen Vanila

.
tools.:
-1 biji loyang yg lebih besar dari loyang kek
-10 keping kertas tisu/ 7 keping kertas A4
- 2 biji Aluminium baking foil (22cm)
.
.
Cara Bakar :

Waterbath :
170°C : 45 minit (Api atas bawah)
170°C : 20 hingga 30minit ( Api bawah sahaja)hingga masak

Suhu dan masa masak berbeza2 mengikut oven masing2.. Adjust mengikut kesesuaian oven masing2.🙂


Tips :

1. Mixer 1 arah sahaja jangan tukar2 arah
2. mixer ikut masa yang sudah diberikan & speed yang di nyatakan
3. Gunakan rak tengah bila bakar untuk mengelakkan bahagian atas kek retak


Oklah gais.. Selamat mencuba!😘


#ApaKauRasaKitchen
#byKakSue
#ThaiButterCake

Комментарии

Информация по комментариям в разработке