Dokumentari Tenom Fatt Choi Coffee 2017 : "Dari Ladang Ke Secangkir Kopi"

Описание к видео Dokumentari Tenom Fatt Choi Coffee 2017 : "Dari Ladang Ke Secangkir Kopi"

“Kopi Tenom Fatt Choi: Dari Ladang ke Secangkir Kopi” adalah sebuah dokumentari yang melihat proses-proses di sebalik penghasilan secawan kopi yang menjadi tarikan masyarakat hari ini. Memilih Kopi Tenom Fatt Choi sebagai subjek utama, dokumentari ini akan membawa penonton ke dalam proses-proses penghasilan kopi bermula daripada proses pemetikan buah kopi sehingga proses terakhir iaitu pembungkusan. Dokumentari ini akan menjejaki, produk Kopi Tenom Fatt Choi, kejayaan, sejarah dan cabaran dalam menghasilkan produk berasakan kopi di negeri Sabah. Melalui temuramah bersama Pengasas Kopi Tenom Fatt Choi En Fong dan penyelia Madam Gan, dokumentari ini akan menelusuri sekitar Kilang Kopi Tenom Fatt Choi, Kafe Kopi Tenom Fatt Choi dan Ladang Kopi Mini. Selain itu, dokumentari ini juga akan menyentuh bagaimana pembukaan kilang dan Kafe Kopi Tenom Fatt Choi dapat membantu dalam peningkatan ekonomi masyarakat di Tenom serta negara.

Комментарии

Информация по комментариям в разработке