Family Trip To RPP TASIK KENYIR (Rumah Peranginan Persekutuan - BPH)

Описание к видео Family Trip To RPP TASIK KENYIR (Rumah Peranginan Persekutuan - BPH)

Familytrip Tasik Kenyir-Cameron Highlands.🏖️

✅Percutian di Tasik Kenyir 18-21 Disember 2021

Alhamdulillah dari Putrajaya hujan renyai² lalu LPT1 dan LPT2. Perjalanan 4jam 30minit ke Tasik Kenyir. Kami booking Rumah Peranginan Persekutuan Tasik Kenyir 4 hari 3 malam. Ada 9 unit rumah shj, ada jenis 2 bilik dan 3 bilik. Khas utk penjawat awam. Satu mlm hanya rm80 dan rm100. Sebelum dtg, penyelia pesan kena bw siap bhn mentah memasak sbb di sini tiada kedai dan tiada line telefon. Sangat sesuai utk rest dan family bonding. RPP Tasik Kenyir ni terletak di Pulau Sah Besar. Lengkap dengan tv astro, dapur, semua peralatan memasak, ada peti ais, microwave, dapur gas,lesung batupun ada,blender, rice cooker, pinggan mangkuk dll..nk bbq pun boleh. Pemandangan di sini sgt2la cantik...rumah berkonsep kayu, sesuai utk yg suka nature2 .. Boleh buat familyday kat sini..aktiviti kat sini antaranya berkayak, memancing, bbq, hiking, pergi tmn herba, taman rama2, taman orkid, air terjun,dll. Cuma aktiviti mandi bsama ikan kelah kena datang bulan 3 nnt. Boleh repeat dtg nnt insya-Allah bw rombongan lebih besar.. 😁

✅Kemudian terus ke Cameron Highlands 3hari 2mlm.
Alhamdulillah perjalanan lancar dan cuaca cerah selama 4jam 30minit. Kami guna laluan Tasik Kenyir - Felda Aring - Gua Musang - Lojing - Cameron Highlands.

✅Dan seterusnya turun ke batu gajah dan ipoh melalui Simpang Pulai. Alhamdulillah dipermudahkan perjalanan.

Комментарии

Информация по комментариям в разработке