Kerepek Gunting Pedas, Krup krap sebalang tak cukup!

Описание к видео Kerepek Gunting Pedas, Krup krap sebalang tak cukup!

Sempena nak sambut Raya tak lama lagi Che Nom nak share satu resepi kudap-kudapan yang sangat sedap. Memang ralit kalau makan dengan rangupnya, dengan rasa pedas-pedas berempah gitu, ha ini lah dia kerepek gunting atau mungkin ada yang panggil kuih gunting. Kalau di sebelah utara macam ni lah kerepek gunting nya dan biasa banyak dijual waktu musin perayaan.

Biasa beli saja tapi sebab suka makan he Nom blajar buat sendiri. Bahan-bahan tak susah sangat cuma cara nak buatnya tu yang kena tengok betul-betul. Mula-mula kita bancuh doh dengan bahan-bahan kisar, uli dan perap sampai doh lembut. Kemudian gelek sampai nipis, sebelum potong dan goreng. Memang layan sangat makan kerepek ni…sebalang boleh habis sekali mengadap. Jom lah cuba.

// Bahasa Melayu
-----------------------------
Bahan-bahan:
4 cwn/500g tepung gandum
10 tangkai cili kering
1 genggam ikan bilis
1/2 kiub pati ikan bilis
1-2 tangkai daun kari
1/2 sb jintan manis
1/2 sb jintan putih
1 sb serbuk cili
1/2-1 sb serbuk kari
Serbuk perasa
1 sk garam
1 sb penuh majerin
3 sb minyak masak
Air Sejuk (anggaran 1 cwn, letak sikit-sikit)

// English
-----------------------------
Ingredients:
4 cups /500g plain flour
10 stalks dry chili
1 handful anchovies
1/2 cube anchovy stock
1-2 stalks curry leaves
1/2 tbsp fennel seeds
1/2 tbsp cumin
1 tbsp chili powder
1/2-1 tbsp curry powder
Seasoning powder
1 tsp salt
1 full tbsp margarine
3 tbsp cooking oil
Cold water (about 1 cup, put little by little)


Instagram: http://bit.ly/CheNomInstagram
Twitter: http://bit.ly/CheNomTwitter
Facebook: http://bit.ly/CheNomFacebook
Jenama Kuali : https://chenom.my/kuali-yang-selalu-c...
Jenama Pisau: https://chenom.my/pisau-yang-che-nom-...
Model Blender: https://chenom.my/blender-yang-che-no...

#resepichenom

Комментарии

Информация по комментариям в разработке