Cara Moden Menghalau Monyet - How To Chase Away Monkeys Using Solar Alarms

Описание к видео Cara Moden Menghalau Monyet - How To Chase Away Monkeys Using Solar Alarms

Bukan mudah nak besarkan pokok durian dari kecil sehingga berbuah. Musuh durian datang dalam pelbagai rupa. Saya pernah kongsikan beberapa petua dan cara menghalau monyet daripada mengganggu tanaman durian kita. Ya, mungkin bagi sesetengah orang ia tidak berkesan. Tetapi tidak salah mencuba.

Kali ini saya kongsikan penggunaan ‘solar alarm lamp’ sebagai alat menghalau monyet di kebun durian kita. Saya beli secara onine di Shoppee dan harganya pula berpatutan. Saya telah membeli dan mencuba satu unit Solar Alarm selama 2 minggu. Saya dapati ia membantu sebab tak nampak kesan-kesan monyet masuk di kawasan tempat solar alarm itu ditempatkan. Jadi saya beli lagi 4 unit. Harap-harap ia berkesan jadi tak perlulah kita membela hantu raya untuk jaga kebun, hahahaha....

Sy beli kat link ini, paling murah & trusted seller
https://invol.co/cl2lwf8

Semua video tentang durian dan penanaman durian boleh ditonton di link di bawah:

   • ALL ABOUT DURIANS  

Maklumat asas:

Setakat ini di kebun saya ada 12 Varieti Durian:
1 - D200 - Duri Hitam, Ochee, Black Thorn
2 - D198 - Golden Phoenix, Kim Hong
3 - D197 - Musang King, Raja Kunyit
4 - D175 - Udang Merah, Ang Hay
5 - D159 - Monthong, Bantal Mas
6 - D101 - Bangkok T16
7 - D99 - Kop Kecil
8 - MDUR 88 (D190)
9 - D24 - Sultan
10 - D13 - Golden Bun
11 - Telur Buaya (mungkin D167, tiada kepastian lagi)
12 - Tupai King D226 / D214?

Комментарии

Информация по комментариям в разработке