Gaji dan pencen datang dari CUKAI arak, judi dan rokok? Peminum arak dan perokok jahat-jahat semua?

Описание к видео Gaji dan pencen datang dari CUKAI arak, judi dan rokok? Peminum arak dan perokok jahat-jahat semua?

Saya memberi komen tentang isu sekolah vernakular Cina SRJK yang mendapat derma dari majlis yang dianjur Syarikat Tiger Beer. YB Athirah dikecam hebat kerana hadir. Saya nak tanya kepada orang Melayu adakah semua orang yang minum arak, merokok dan berjudi jahat-jahat belaka? Mereka ini ada di kalangan keluarga kita, guru kita, doktor-doktor yang merawat kita, rakan handai kita dan sama bekerja dengan kita.

Bagaimana pula kita melancung ke luar negara dan berkhidmat secara professional di negara yang menjadikan minum arak dan merokok sebagai budaya mereka? Saya juga bertanya cukai arak, rokok dan judi adakah ia disatukan dalam satu akaun atau diasingkan? Kalau disatukan maka gaji dan pencen kita adalah dari akaun yang satu itu serta juga pembangunan bangunan, binaan serta jalanraya juga dari akaun tersebut yang mengandungi caruman dari arak, judi dan rokok. Dalam negara majmuk, kita kena menerima hakikat kepelbagaian budaya hidup.

Комментарии

Информация по комментариям в разработке