PALING MERDU | 100x Selawat Tafrijiyyah (Selawat Dimurahkan Rezeki) by Ammar Mukhlis

Описание к видео PALING MERDU | 100x Selawat Tafrijiyyah (Selawat Dimurahkan Rezeki) by Ammar Mukhlis

MashaAllah, besarnya kelebihan yang dijanjikan sekiranya istiqomah mengamalkan Selawat Tafrijiyyah ini, tapi sayangnya masih ramai yang tak tahu. Selawat Tafrijiyah atau dikenali juga sebagai “Selawat Kamilah” atau “Selawat Nariyah” yang ertinya sempurna atau terbuka sehingga menjadi lapang. Selawat ini jika diamalkan dapat menghilangkan kesempitan dengan izin Allah SWT.

Bagi seseorang yang menginginkan agar kehidupan sehariannya berjalan lancar, jauh dari gangguan dan persaingan sebaiknyalah ia mengamalkan Selawat Tafrijiyah dengan membacanya selepas solat fardhu sebanyak yang ia mampu.

FADHILAT SELAWAT TAFRIJIYAH

1.Allah akan melenyapkan kesedihan, kesulitan serta bahaya yang menimpa dirinya.
2.Allah akan memudahkan segala urusan hidupnya.
3.Dipancarkan nur (cahaya) dalam hatinya juga ditinggikan martabatnya.
4.Suaranya didengari serta pandangan dan pendapatnya diterima ramai
5.Dia dilindungi daripada segala bencana dan malapetaka.
6.Dia sentiasa dicintai oleh semua orang.
7.Segala yang dihajati akan dimakbulkan Allah.
8.Dimurahkan rezekinya, dijauhkan daripada kelaparan dan kemiskinan.

IMAM AD-DAINURI R.A.
11 x – Setiap kali selesai solat fardhu, diberkati rezeki, ditinggikan darjat dan dijanjikan husnul khatimah.
41 x – Setiap malam secara istiqamah akan tercapai segala hajat.
100 x – Setiap selepas solat Hajat beberapa malam- menyelesaikan masalah.
313x – Setiap hari, mengetahui rahsia ghaib atau sesuatu yang dikehendaki.
1000x – Tercapai segala cita-cita dan tersingkap rahsia yang dikehendaki.

IMAM QURTUBI R.A.
41 x / 100x – Allah hilangkan segala dukacita dan kesusahannya, memudahkan segala urusan, mengangkat martabat dan darjat, menambahkan haibahnya, meluaskan rezeki dan membuka pintu kebajikan.

IMAM SAYYIDI MUHAMMAD KHAFI R.A.
Baca 4444 x dalam tempoh 7 hari 8 malam, kemudian diikuti dengan doa Selawat Nariyahh; Insya Allah tercapai hajat dengan baik dan sempurna.

Terima kasih sudi ziarah Channel KOLEKSI DOA DAN ZIKIR,

Jangan lupa SUBSCRIBE, LIKE, COMMENT DAN SHARE

Untuk mendapat Notifikasi Zikir-zikir terbaru dari Channel ini,

❝ Sila tekan button Loceng ❞ 🔔 disebelah button SUBSCRIBE.

Комментарии

Информация по комментариям в разработке