RESEPI BUTTER CAKE VIRAL | THAI BUTTER CAKE | SEDAP

Описание к видео RESEPI BUTTER CAKE VIRAL | THAI BUTTER CAKE | SEDAP

Assalamualaikum & hai semua

Kali ni saya nak share resepi kek butter yang sangat-sangat sedap, lembut & moist iaitu PREMIUM ROYAL THAI BUTTERCAKE

Ok jom kita mula :

▶️ Sementara nak siapkan bahan-bahan kek, panaskan oven terlebih dahulu, suhu 160 selama 10 minit

Bahan A :

❤️200 gram tepung naik sendiri
❤️ 1 tsp baking powder

Campurkan tepung naik sendiri bersama baking powder

Bahan B :

❤️80 gram susu full cream / fresh milk
❤️1 tsp esen creamy vanilla

Campurkan susu fresh milk bersama esen creamy vanilla

Bahan C :

❤️Telur gred B, 4 biji.. pukul macam nak buat telur dadar,kemudian timbang untuk dapatkan 181 gram telur sahaja

Bahan D:

❤️150 gram salted pure butter ( boleh guna golden butter churn / lurpak/anchor)
❤️70 gram gula halus
❤️70 gram gula icing
❤️12 gram ovalette (saya guna ovalette special)

Bahan E :

❤️ 1/2 tsp pewarna lemon yellow

Guna loyang saiz 7

Cara-caranya :

-mix bahan D menggunakan speed paling tinggi

-Bila bahan D dah kembang & berwarna putih masukkan bahan C sikit demi sedikit sampai habis, mix menggunakan speed paling tinggi

-kemudian,tukar guna speed rendah, masukkan bahan A, berselang seli dengan bahan B (tepung-susu-tepung, mulakan dengan tepung, habiskan dengan tepung). Mix sekejap dengan speed sederhana

-masukkan bahan E (optional) , mix sekejap sehingga sebati

-tuang adunan ke dalam loyang 7 inci

-lorekkan adunan, guna lidi atau chopsticks, dan hentak loyang dua tiga kali untuk keluarkan bubbles dari adunan kek

-Seterusnya sediakan tray atau loyang, kemudian lapik tisu, basahkan dengan air,kalau tak ada tisu boleh gunakan kain tuala.

-Letak loyang adunan kek atas tray yang dilapik tisu basah & bakar kek pada suhu 160, selama 1 jam 15 minit atau ikut oven masing2. Letak pada rak bawah sekali

-bila nampak kek dah renggang sikit dari loyang, tandanya kek dah masak, tak perlu cucuk kek dgn lidi sbb kita nak permukaan yang licin & cantik, nnt kalau cucuk berlubang pula kek kita

-Bila kek dah masak, terus keluarkan dari loyang & pindahkan ke atas papan kek

Selamat mencuba ♥️

Untuk next video saya akan share untuk buat thai butter cake flavour chocolate, red velvet & pandan 😊

Kalau suka resepi ni, jangan lupa like, komen & subscribe channel Koi Masak, semoga bermanfaat ❤️❤️❤️😊

Instagram Koi Masak :

https://instagram.com/koimasak?igshid...

Yang dah cuba buat thai butter cake jom sharing di group :

https://t.me/+OUC9MsmqMrg1ZDI1


PREMIUM ROYAL THAI BUTTERCAKE

♥️200 gram self raising flour
❤️1 tsp baking powder
❤️150 gram pure butter
❤️70 gm icing sugar
❤️70 granulated sugar
❤️12 gram ovallete
❤️181 gram eggs ( i used 4 grade B eggs, beat/whisk the eggs with a fork, then weighed to get only 181 grams of eggs
❤️80 gram full cream milk/ fresh milk
❤️1 tsp creamy vanilla essence
❤️1/2 tsp lemon yellow food coloring

Комментарии

Информация по комментариям в разработке