Guan Eng-Najib 'perang mulut', Dewan Rakyat kecoh

Описание к видео Guan Eng-Najib 'perang mulut', Dewan Rakyat kecoh

Kekecohan tercetus di Dewan Rakyat hari ini semasa sesi penggulungan Usul Menjunjung Kasih Titah Yang di-Pertuan Agong oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng apabila bekas perdana menteri Najib Razak menyoal mengenai perangkaan hutang negara terkini.

Najib sebelum itu meminta Lim mengulas laporan Bank Negara Malaysia yang menyatakan bahawa hutang negara telah meningkat sejak akhir tahun 2017.

Katanya, projek itu diteruskan dengan syarat ia bebas daripada amalan rasuah dan dengan kos yang dikurangkan.

Menteri itu menambah bahawa jika kos projek tidak dikurangkan, jumlah pinjaman akan menjadi lebih tinggi.

Pertikaman lidah tercetus apabila Lim membangkitkan isu 1MDB, dengan mendakwa bahawa pentadbiran sebelum ini telah menyembunyikan hutang 1MBD dengan tidak menyertakan jumlah sebenarnya.

Комментарии

Информация по комментариям в разработке