RESEPI KIMCHI KOREA HALAL MUDAH: Ala ala Kimchi Seoul Garden Gitew | BASICKELI

Описание к видео RESEPI KIMCHI KOREA HALAL MUDAH: Ala ala Kimchi Seoul Garden Gitew | BASICKELI

Ingat Kimchi Halal Homemade susah? Senang je! Campak-campak semua bahan ni, dan biar kimchi tapai sendiri. Konfirm halal dan makan tanpa was was sambil tengok cerita Korea haha. Versi kimchi ini adalah kimchi lobak putih radish dan kubis

Resepi kimchi mudah, dan korang cuma perlu prep semua bahan ni. Lepas dah prep, campur aje semua, dah siap!

BAHAN BAHAN (separuh nappa cabbage/kubis cina)
Untuk kubis
1/2 nappa cabbage
3-4 sudu besar garam
1/3 cawan air

Untuk sayuran
1.5 cawan lobak putih/radish
1/2 cawan lobak merah/carrot
3 batang of daun bawang

Untuk perapan Kimchi
1 sudu kecil pemanis/gula
1/2 bawang holland
1 inci halia
4 ulas bawang putih
1/5 cawan sos ikan/fish sauce
1/2 cawan gochagaru (jika tidak suka pedas, kurangkan kepada 1/3 cawan)
2 sudu besar cencaluk - dicincang (optional-ely tak letak)

Untuk sayuran
1.5 cawan lobak putih/radish
1/2 cawan lobak merah/carrot
3 batang of daun bawang

Untuk bubur 'porridge' manis kimchi
1/2 - 2/3 cawan air (tambah jika perlu)
1 sudu besar tepung pulut atau tepung beras (jika nak tukar rendah karbo, boleh cuba vital wheat gluten, kurangkan kepada 1/3 cawan air)
1 sudu kecil pemanis/gula

Resepi lain yang best makan dengan kimchi!
1. Pajeon Mudah, Rendah Karbo dan Gluten Free (Korean Pancake) :
   • Resepi PAJEON Pancake Korea Halal (Ve...  

2. Resepi Bulgogi Best yang Mudah dan Sedap:
   • RESEPI DAGING BULGOGI KOREA BAHAN SEN...  

Kimchi ni makanan traditional Korea, memang tak sah kalau tak ada kimchi dalam hidangan banchan (반찬 - korean side dish). Nak makan kimchi sahaja boleh, nak buat masakan korea seperti Kimchi Jjigae, Kimchi fried rice dan Kimchi stew. Rasa memang terangkat, ala ala kimchi Seoul Garden gitu..

Macam kita la kalau xada sambal. Yang bestnya, banyak khasiat makan kimchi ni, Hampir 100% sayur, dan disebabkan proses fermentasi kimchi, ia adalah salah satu sumber makan prebiotic yang baik untuk kita.

Jangan lupa LIKE video ni & SUBSCRIBE kepada BASICKELI:
Facebook:   / basickeli  
Instagram:   / basickeli  

#kimchi #kimchihalal #resepibasickeli

Комментарии

Информация по комментариям в разработке