#63. KONVOI KEMBARA MERDEKA JALUR GEMILANG 2024, JELAJAH MALAYSIA BERSAMA SVOCM

Описание к видео #63. KONVOI KEMBARA MERDEKA JALUR GEMILANG 2024, JELAJAH MALAYSIA BERSAMA SVOCM

Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2024 akan menelusuri 10 negeri bagi menzahirkan semangat patriotisme menjelang sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024.

Pelepasan konvoi yang turut disertai 50 motosikal berkuasa tinggi daripada Suzuki VStrom Owners Club Malaysia (SVOCM) itu disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sempena Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024, di sini, hari ini.

Konvoi ini adalah sebahagian daripada usaha untuk menguar-uarkan sambutan Hari Kebangsaan. Selain itu, terdapat juga program yang telah diatur oleh Jabatan Penerangan (JaPen) di setiap negeri yang dilalui.

KMJG 2024 akan menjelajah ke Selangor, Johor, Melaka, Terengganu, Perak, Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perlis sebelum berakhir di Kuala Lumpur

Secara keseluruhan, Konvoi KMJG 2024 membabitkan 90 peserta dan 65 kenderaan, termasuk daripada JaPen, Polis Diraja Malaysia (PDRM), agensi, komuniti dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Selangor.

Комментарии

Информация по комментариям в разработке