UiTM Kampus Dungun - A Resort Campus 2019

Описание к видео UiTM Kampus Dungun - A Resort Campus 2019

Selamat datang ke UiTM Cawangan Terengganu Kampus Dungun.

Tonton Video yang telah diperbaiki qualiti Audio :
UiTM Kampus Dungun - A Resort Campus 2019 (Error Fixed) -    • UiTM Kampus Dungun - A Resort Campus ...  

UiTM Kampus Dungun menyediakan penginapan kolej pelajar yang terdiri daripada 2 bahagian, kolej Tasek dan Kolej Pantai. Kolej-kolej diberikan nama sempena nama-nama pulau di Terengganu.

Kolej Gemia. Kolej Tengggol. Kolej Redang.

Kolej Tasek sangat nyaman didiami kerana berada dikaki Bukit Bauk yang menyediakan Flora dan Fauna yang mengindahkan lagi persekitaran kampus.

Kolej Pantai juga mempunyai 3 kolej.

Kolej Perhentian. Kolej Kapas. Kolej Duyung.

Terdapat 14 block kuliah utama bagi pelajar UiTM Kampus Dungun. Blok khas untuk kelas pengajian para pelajar perhotelan pula disedakan bersebelahan dengan Hotel UiTM dan dipanggil blok 15. Disediakan juga dewan seminar seperti Dewan Anggerik, Bakawali, Cemara dan Jasmin.

Terdapat juga taman-taman yang mempunyai landskap yang sangat cantik.

Taman-taman ini menaikkan lagi seri keindahan pemandangan sekitar UiTM Kampus Dungun. Ia juga dapat mengekalkan kehijauan kawasan kampus selari dengan konsep “Kampus dalam Taman”.

UiTM Kampus Dungun juga terkenal dengan sistem kepimpinan pelajar yang dikenali sebagai STUDENT GOVERNANT. Ia dipimpin oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Badan-badan
Kepimpinan yang lain. Hal ini menjadikan UiTM Kampus Dungun sebagai sebuah Kampus Kepimpinan.

Kewujudan sebuah Radio Kampus yang dinamakan MyUFm sejak 2011 menambahkan lagi keistimewaan yang tiada terdapat di UiTM kampus lain. MyUFm merupakan Radio Kampus pertama di Pantai Timur dan menjadikan ia Radio Kampus kedua dibawah naungan UiTM selepas Radio UFM yang berpangkalan di UiTM Shah Alam.

Bersesuaian dengan panggilan “A Resort Campus”, UiTM Kampus Dungun dikelilingi oleh keindahan Flora dan Fauna yang memukau mata dan jiwa. Dibelakangnya Bukit Bauk, dihadapannya pula terbentang luas Pantai Teluk Gadung dan ia dipisahkan oleh Sungai dan Tasik ditengah-tengahnya.

Teluk Gadung terkenal dikalangan pelajar dengan permandangan Matahari Terbit yang sememangnya tidak dapat dinafikan kecantikkan dan keindahannya. Bunyi deruan ombak pantai menambahkan ketenangan diwaktu pagi.

Tidak terkecuali pemandangan Matahari Terbenam dari kolej walaupun sedikit tersembunyi disebalik Bukit Bauk.

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa UiTM Kampus Dungun merupakan sebuah kampus yang berbeza dari kampus lain. Keunikan yang dijanjikan hanya terdapat disini.

Come here, and experience yourself.

UiTM Kampus Dungun is the best!

#uitmdungun #uitm #kampusdungun #dungun #stayhome #staysafe #myufmstudio #myufm

Комментарии

Информация по комментариям в разработке