Demo Pencak Silat Bersenjata dari Team PSSGM (Gayong Malaysia) di Paris, FRANCE.

Описание к видео Demo Pencak Silat Bersenjata dari Team PSSGM (Gayong Malaysia) di Paris, FRANCE.

Persembahan Pasukan Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia ke Festival Seni Mempertahankan Diri di Paris, Perancis pada tahun 2015 semasa acara "Le 30eme Festival des Arts Martiaux", acara senibeladiri tradisi di Perancis sejak lebih 30 tahun sudah. PSSGM telah hadir beraksi di pentas yang sama tahun awal 90-an yang dianggotai oleh Cikgu Mufti Ansari, Dato' Adiwijaya, Cikgu Rasol, Cikgu Faid dan Pak Ngah. Kontigen Malaysia pada waktu itu juga disertai oleh Allahyarham Tuan Guru Anuar Wahab Guru Utama Seni Silat Gayung Fatani dan wakil dari kaum Dayak. Pasukan PSSGM kali ini telah menjalani majlis mengambil tapak di hadapan YdP dan Guru-Guru Tua untuk restu membawa nama PSSGM.
Pasukan ini adalah dari Gelanggang Naga Rantau, PSSGM Universiti Malaysia Pahang, Pahang.
Seramai 7 pelajar dan seorang pensyarah Universiti Malaysia Pahang membuat persembahan dengan tajaan Karate Bushido, UMP, PSSGM, Tourism Malaysia dan Kedutaan Malaysia di Perancis:
Ambo (narapatinantaboga), Sdr Zulpaka, Sdr Luqman, Sdr Hilmi, Sdr Badrul, Sdr Syafiq, Sdr Amira dan Sdr Wahida.
Pentas Senjata Campuran Tambahan dikreasi untuk tontonan hadirin Festival tersebut.
All credits of videos to ‪@karatebushido‬ Thank you for inviting us.

Комментарии

Информация по комментариям в разработке