Resepi kuih apam jagung

Описание к видео Resepi kuih apam jagung

Apam jagung tanpa telur. Resepi apam jagung yang mudah dan sedap.
Hi semua, kali ini MALAY kitchen nak kongsi resepi menarik iaitu apam jagung. Resepi ini tanpa menggunakan telur tetapi tetap menghasilkan apam yang lembut, ringan dan gebu. Selain cantik berongga , rasanya juga sedap lengkap dengan lemak, manis bersama jagung. Boleh share resepi apam jagung yang ringkas dan mudah ni dengan kawan-kawan ya.

Bahan bahan Apam Jagung

1 cawan jagung tin
1 cawan air suam
1 cawan santan pekat
3/4 cawan gula
2 sudu kecil yis
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil pewarna makanan kuning
1 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
Sedikit garam

Cara-cara :
1. Masukan semua bahan ke dalam mesin pengisar dan kisar sehingga halus.
2. Tuang ke dalam bekas, dan biarkan ia kembang lebih kurang 2 jam.
3. Tuang adunan ke dalam loyang atau lompang. (Sapu dahulu dengan minyak masak supaya senang apam dikeluarkan nanti selepas masak).
4. Kukus selama 15minit.
5. Hasilnya apam jagung yang cantik kekuningan, ringan dan gebu. Boleh juga dihidangkan bersama kelapa parut bergaram.
Resepi ini boleh menghasilkan 25 biji apam jika menggunakan acuan kuih lompang.


#resepi #resepimudah #kuihmelayu

Комментарии

Информация по комментариям в разработке