Roti Canai

Описание к видео Roti Canai

Roti canai merupakan makanan kegemaran rakyat malaysia yang tak mengira bangsa. Video kali ni saya nak kongsikan cara untuk menghasilkan roti canai yang lembut dan juga garing. Yang paling penting sedap dan bersih.

Kami telah mencuba 2 versi doh roti canai, versi pertama menggunakan mentega, manakala versi kedua tidak menggunakan mentega. Untuk pengetahuan semua 40% dalam video ni merupakan video versi pertama yang menggunakan mentega. Tapi saya telah edit video ni supaya bersesuaian dengan versi kedua yang tidak menggunakan mentega. Diharap jangan keliru dengan kelibat mentega yang korang mungkin nampak dalam video. Sila abaikan mentega tersebut. Saya tak rajin sangat nak rakam semula video semata nak buang mentega tu je (bukan mudah nak buat video ni). Video ini telah diedit sebaik mungkin untuk mengelakkan kekeliruan.

Resepi kari ayam    • Rahsia Kari Mak Mertua saya yang popu...  

Qna
Dapat berapa keping?
- 11 keping ikut saiz yang saya tunjuk dalam video. Mungkin akan berbeza2 mengikut saiz yang korang buat.

Rehat semalaman di luar atau di dalam peti ais?
- Rehatkan di luar sahaja dan tutup.

Bahan-Bahan
1 Cawan Air (250 ml)
1 biji Telur
1 Sudu Kecil Garam
2 Sudu Besar Susu Pekat
4 Cawan Tepung Gandum (500 gram)
Marjerin (Untuk sapu pada doh)

[English]
Ingredients
1 Cup Water (250 ml)
1 Egg
1 Teaspoon Salt
2 Tablespoon Condensed Milk
4 Cups Wheat Flour (500 gram)
Margarine (To coat on dough)

#buatoranglapo



Join this channel to get access to perks:
   / @buatoranglapo  
Dapatkan Pes Kari Serbaguna by Buat Orang Lapo di Shopee https://shp.ee/avd2zab

Комментарии

Информация по комментариям в разработке