Tarian Asli Makan Sireh - ASWARA

Описание к видео Tarian Asli Makan Sireh - ASWARA

Tarian Asli Makan Sireh ini telah disusun semula oleh Mohd. Hafzal bin Aziz dan dipersembahkan oleh pelajar-pelajar Tahun 1, Diploma Seni Tari ASWARA sebagai persembahan selingan semasa Unleash! 2024, Penilaian Tahun Akhir (PeTA) Diploma Seni Tari ASWARA

Tarikh: 12 Julai 2024
Masa: 8.30 malam
Tempat: Panggung Eksperimen, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)

Penari:
1. Muhammad Amar Danish bin Affendey
2. Ivan Dee Justin
3. Kiritharan Nair A/L Chandran
4. Mohamad Rahiman bin Sharudin
5. Mohammad Azrul bin Atan
6. Ezhan Najmin bin Elmi
7. Choi Keh Yin
8. Auni Faqihah binti Mohd Adi
9. Norhazlinda binti Hamzah
10. Yushahierra Izzatul Aqma binti Yusmawi
11. Vishalni A/P Sarawanan
12. Kirthana Sukumaran

Sinopsis:
Tarian Melayu Asli adalah tarian yang ditarikan berdasarkan lagu asli yang tertentu, yang juga dikenali sebagai senandung di Sumatera Utara, Indonesia. Tarian Asli adalah salah satu repertoir yang terdapat di dalam Ronggeng Melayu dan ianya adalah tradisi Melayu yang mempunyai pergerakan yang halus dan tertib. Antara ciri-ciri pergerakan yang dititikberatkan adalah pergerakan melenggang atau menghayun tangan dengan lemah gemalai dan penuh kesopanan, serta cara gulungan jari dan cara melepaskan jari. Dalam tarian Asli Makan Sireh, tarian ini menggambarkan pergerakan si wanita yang menawarkan daun sireh kepada pasangannya sebelum memulakan tarian. Tarian ini asalnya telah dicipta oleh Allahyarham Dato’ Daud Omar dari Kompleks Budaya Negara (KBN).

Комментарии

Информация по комментариям в разработке