TARI HULU PETA (JKKN JOHOR) MENANG KARYA TERBAIK INSPITARI 2023

Описание к видео TARI HULU PETA (JKKN JOHOR) MENANG KARYA TERBAIK INSPITARI 2023

#Inspitari2023 #JKKN #TarianTradisional #TarianTradisiNegeri #MOTAC #SeniBudaya

JKKN Johor menerusi karya Tari Hulu Peta di bawah bimbingan koreagrafer Hamly Shah Ramli diangkat sebagai Karya Inspitari Terbaik 2023, sekali gus membawa pulang Piala Pusingan serta Sijil penghargaan.

Tarian tersebut merupakan tarian kreasi terbaharu yang diilhamkan daripada aktiviti harian masyarakat Orang Asli Hulu Jakun. JKKN Johor yang turut menampilkan persembahan Tarian Ceracap Inai (Segmen Tradisi Negeri).

Inspitari 2023 berlangsung di Dewan Tunku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) Kuala Lumpur, pada 4 & 5 November lalu.

Inspitari merupakan siri persembahan yang menampilkan keunikan dan kepelbagaian dalam kesenian serta kebudayaan Malaysia yang akan dipersembahkan oleh Kumpulan Kesenian JKKN dari seluruh negeri.

______________________________________________________
  / 7klikseven   - Follow My Instagram
   / 7klik   channel - Click to Subscribe!
http://7klik.com - Visit My Portal!

Комментарии

Информация по комментариям в разработке