Kekurangan insulin manusia: KKM akui kesilapan, tak izin lagi kontrak tunggal kepada satu syarikat

Описание к видео Kekurangan insulin manusia: KKM akui kesilapan, tak izin lagi kontrak tunggal kepada satu syarikat

Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan tidak akan lagi mengizinkan hanya satu kontrak pembekalan insulin manusia diberikan kepada sebuah syarikat tertentu, bagi memastikan keterjaminan bekalan ubat itu di negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mengakui sedar akan 'kesilapan' itu apabila bekalan insulin manusia dalam pasaran negara ini pernah terjejas susulan sebuah syarikat luar negara iaitu Biocon yang bekerjasama dengan pihaknya tidak mampu lagi membekalkan ubat itu.

Dalam masa sama, beliau berkata pihaknya juga akan melihat alternatif ubat lain seperti agen antiglikemik contohnya insulin analog, meskipun harganya tiga kali lebih mahal berbanding insulin manusia.

"Apabila kita mempunyai dasar seperti 'all eggs in one basket' atau meletakkan semua telur dalam satu bakul, memang akan mempunyai risiko.

"Jadi pertamanya, yang hendak saya sebutkan adalah kita tidak akan mahu (berlaku) dalam situasi seumpama itu.

"Dulu (berlaku masalah bekalan dengan) Biocon sebuah syarikat luar negara yang membuat JV (kerjasama). Sementara Novonordisk (yang) membekalkan insulin manusia itu dari luar, mereka juga mengambil sikap untuk tidak menerusi bekalan mereka. Jadi kita berdepan dengan suasana itu.

"Pastinya untuk ke depan nanti, kami tidak akan mengizinkan untuk hanya memberikan satu kontrak hanya kepada satu syarikat dalam membekalkan hal seperti insulin manusia," katanya pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Datuk Dr Alias Razak (PN-Kuala Nerus) mengenai isu kekurangan bekalan insulin manusia yang dialami khususnya di fasiliti KKM, selain apa usaha kerajaan untuk memastikan situasi itu tidak berulang lagi bagi memastikan keterjaminan kesihatan rakyat.

------------------------------------------------------------------------
#HMETRO #METROTV
▪️ Berita terkini di http://www.hmetro.com.my

Комментарии

Информация по комментариям в разработке