Episod ini bermula dengan Upin memperkenalkan dirinya dan adiknya, Ipin. Apabila Ipin ingin menjawab ‘betul, betul, betul’, Ipin menjawab tanpa membuka mulutnya. Maka bunyi ‘betul, betul, betul’ kurang jelas, lalu Upin menyuruh Ipin menjawab dengan betul-betul. Oleh itu, penonton dan Upin barulah nampak yang gigi susu Ipin yang pertama telah tercabut.
Opah sedang membasuh pinggan, Kak Ros sedang mengelap meja. Upin dan Ipin datang dengan berus gigi mereka yang telah kurang sesuai untuk terus digunakan. Kak Ros memberitahu bahawa berus gigi mereka baru sahaja ditukar. Upin dan Ipin pula memberitahu bahawa mereka berdua rajin berus gigi, bukan macam Kak Ros yang jarang-jarang berus gigi. Kak Ros kemudian membalas dengan senyumannya yang berkilaukan gigi berkata bahawa dia berus gigi 3 kali sehari. Opah pula menyuruh Upin & Ipin pergi ambil berus gigi yang baru di laci. Upin hanya terjumpa berus gigi berwarna merah-jambu. Kak Ros menjelaskan bahawa itu berus giginya. Ipin pula terjumpa berus botol yang juga berwarna merah-jambu dan menyatakan itulah berus gigi Kak Ros. Dengan itu, Upin dan Ipin tidak berjaya mencari berus gigi yang berwarna biru dan kuning. Opah kemudian berkata bahawa dia akan membeli berus gigi yang baru untuk Upin & Ipin esok.
Di bilik mandi, Upin marah-marah lalu terambil ubat gigi yang salah. Ipin kemudian memberi ubat gigi yang betul kepada Upin. Upin memberus giginya dengan cara yang diajar oleh doktor gigi di episod Gosok Jangan Tak Gosok. Ipin menyedari bahawa giginya goyang-goyang lalu ditunjuk kepada Upin. Ipin memberitahu bahawa giginya yang longgar itu tidak sakit. Upin menyuruh Ipin agar tidak bermain dengan gigi yang longgar itu supaya gigi itu tidak tercabut. Ipin menghalang Upin untuk memberitahu keadaannya kepada Opah.
Di meja makan, Ipin tanya Kak Ros sama ada giginya pernah goyang. Kak Ros membalas dengan berkata dia goyangkan giginya yang goyang dengan kuat sampai tercabut. Apabila Ipin gigit ayam gorengnya, Ipin terasa sakit kerana giginya yang goyang. Selepas Ipin tunjuk giginya yang goyang kepada Kak Ros, Kak Ros menawarkan dirinya untuk mencabut gigi Ipin yang goyang, tetapi ditolak oleh Ipin. Kak Ros memberitahu Ipin yang jika Ipin membiarkan gigi itu goyang lama-lama, banyak makanan yang Ipin tak boleh makan.
Tok Dalang membelanja Upin & Ipin sebakul rambutan. Ipin tidak dapat makan kerana giginya goyang. Upin menolong Ipin kopek kulit rambutan. Tok Dalang menceritakan bahawa dahulu dia mencabut gigi dengan benang: ikat benang pada pintu, kemudian tutup pintu, maka tercabutlah gigi. Tok Dalang gelak terbahak-bahak sehingga gigi palsunya terkeluar dari mulutnya. Ipin lari pulang ketakutan.
Di rumah, Opah memberitahu bahawa kita ada dua jenis gigi, gigi susu macam Upin & Ipin, dan gigi kekal macam Kak Ros. Opah juga memberitahu bahawa giginya gigi betul, bukan gigi palsu. Apabila Ipin tunjuk giginya yang goyang kepada Opah, Opah kata Ipin dah besar. Upin pula menegaskan bahawa dia adalah abang, tetapi kenapa giginya belum goyang? Opah kata gigi Upin akan goyang bila sampai masanya. Selepas Kak Ros membersihkan giginya, giginya putih sampai menyilau mata Upin & Ipin.
Di padang, tatkala Upin dan Ipin berbincang hendak bermain apa dengan kawan-kawannya, Jarjit menyorok daripada ayahnya yang ingin membawa Jarjit ke doktor gigi. Mei Mei yang terlihatnya menasihati Jarjit supaya mesti berjumpa dengan doktor gigi. Mail memberitahu bahawa semasa mencabut gigi, dia tak rasa sakit pun. Jarjit akhirnya cepat ditemui oleh ayahnya.
Semasa menonton TV, Ipin menyebabkan Kak Ros geram kerana Ipin asyik menggoyangkan giginya yang longgar dengan lidahnya. Opah mencadangkan untuk mambawa Ipin ke klinik untuk mencabut gigi esok. Upin menawarkan dirinya untuk menemani Ipin di klinik esok.
Semasa tidur, Ipin termimpi dirinya di klinik Dr. Mimpi yang kelihatan seperti Kak Ros, sedang mencabut gigi Ipin. Selepas mencabut, Dr. Mimpi membenarkan Ipin makan makanan yang banyak di atas meja. Ipin telah berjaya menangkap ayam goreng sebesar bantal yang dipeluk olehnya lalu terjatuh dari katil. Selepas itu, Ipin menyedari bahawa giginya telah tercabut. Maka Ipin pun membangunkan Upin dari tidur untuk memberitahu Upin tentang giginya yang telah tercabut. Tetapi Kak Ros berada dibelakang pintu sambil tergelak-gelak.
Keesokkan harinya, Ipin tunjuk pada Opah yang giginya sudah tercabut. Kak Ros kemudian memberitahu bahawa dia yang mencabut gigi Ipin. Kak Ros menakutkan Ipin dengan berkata Ipin masih ada 19 batang gigi untuk dicabut manakala Upin pula ada 20 batang gigi untuk dicabut. Kak Ros tak sabar untuk mencabut gigi mereka. Kak Ros gelak terbahak-bahak sampai terbatuk. Opah menyuruh Kak Ros goreng ayam banyak-banyak.
Di tadika, Ipin senyum tanpa membuka mulutnya. Kemudian kawan-kawan kini tahu Ipin sudah kehilangan satu batang gigi susu.
Информация по комментариям в разработке