Naim Daniel & Man Keedal - Sembah | Vokal Mania (2020)

Описание к видео Naim Daniel & Man Keedal - Sembah | Vokal Mania (2020)

Nama Nuha Bahrin menjadi sebutan para netizen sepanjang minggu lalu. Ini ekoran daripada persembahannya yang mendapat kritikan ramai. Nuha dikatakan telah merosakkan lagu Kekasih Awal Dan Akhir yang menjadi 'trademark' Datuk Jamal Abdillah, sekaligus tidak layak memenangi Rookie Star Award.

Tempias daripada kontroversi itu pastinya terkena pada barisan Rookies minggu ini. Syafiq Nasser, Qiem Churros, Aufahanie dan Hakeem Zamall bakal berdepan cabaran dan tekanan yang lebih kuat kerana masing-masing enggan tersilap langkah.

Biarpun dibayangi isu Nuha, semangat juang Aina Abdul dan Tomok yang berjaya bangkit daripada kekalahan Episod 1 wajar diberi perhatian dan pujian.

Persembahan para Rookies dan Idol dinilai panel juri yang terdiri daripada Misha Omar dan Yusry Abdul Halim.

Dihoskan oleh Datuk AC Mizal dan Azira Shafinaz, Vokal Mania disiarkan secara langsung pada jam 9 malam setiap Sabtu di TV3. Atau saksikan strim langsung di saluran YouTube TV3Malaysia.

Anda boleh mengundi Rookie Pilihan anda ke peringkat Separuh Akhir Vokal Mania melalui https://www.xtra.com.my/vokalmania

#VokalMania #KalauBeraniCabarlah

Комментарии

Информация по комментариям в разработке