Dr Maza Sound Direct depan Mufti Perak, Dr Arieff Salleh, Mufti Sarawak

Описание к видео Dr Maza Sound Direct depan Mufti Perak, Dr Arieff Salleh, Mufti Sarawak

Dr Maza menjawab dalam Forum Cabaran Semasa Memperkasakan Institusi Mufti dan Kefatwaan di Malaysia.
Dari FB Dr Maza:
Hormati Niat Yang Baik, Bersikaplah Dengan Profesional
Kami Jabatan Mufti Negeri Perlis jauh daripada Perlis datang dengan niat yang baik ke Wilayah Persekutuan atas jemputan bersukan LIQA MAHABBAH ( Pertemuan Kasih Sayang). Program sukan antara jabatan-jabatan Mufti seluruh Malaysia. Kami sertai semua pertandingan atas semangat ukhuwwah tersebut dan berjaya menjadi johan serta naib johan beberapa acara. Kami tempat keempat dalam senarai seluruh Malaysia. Berbeza 1 mata sahaja dengan tempat ketiga.
Tiba-tiba Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan sebagai tuan rumah memasukkan satu sesi forum pasal RUU Ashairah Maturidiyyah dalam Program Penutup. Dalam program tersebut seolah-olah cuba mencari perbalahan dengan pihak yang berbeza. Di manakah profesional Mufti Wilayah dalam hal ini. Jika mahu berdialog, sepatutnya saya turut menjadi panel bersama. Dukacita, sikap yang kurang sihat ini. In sha Allah kita jemput panel terbabit ke Perlis di pentas yang sepatutnya.
Sedikit kesempatan yang ada saya ulas dalam majlis berkenaan. Sila tonton;

00:00 Respons Dr Maza
02:38 Respons Mufti Perak Dato Seri Wan Zahidi
04:25 Respons Dr Arieff

26-08-2024 Dr Maza Sound Direct dalam Forum Cabaran Semasa Memperkasakan Institusi Mufti dan Kefatwaan di Malaysia

Rakaman penuh forum https://www.facebook.com/watch/live/?...

Комментарии

Информация по комментариям в разработке